MEE HOON GORENG

MEE HOON EXPRESS.. CEPAT DAN RINGKAS.. TAK GUNA BANYAK BAHAN..


Assalamualaikum.. selamat pagi. Semuga hari ini anda di limpahi rahmat Nya sepanjang hari.

Dah breakfast ke belum.. makan apa ya. Tentu ada yang tak sempat nak makan lantaran bangun lewat dan terpaksa berkejar-kejar ke tempat kerjakan. Hmm.. kesian kan kalau pergi ke pejabat tak sempat nak breakfast. Sampai jer kat pejabat kerja dah bertimbun-timbun menunggu kan.. alahai..

Pagi ini nak kongsikan satu resepi yang sangat ringkas dan cukuplah untuk mengalas perut kita sebelum makan tengahari nanti. Bila tengahari nanti bolehlah kita makan sedap-sedap sikitkan. selain dari itu dapat jugalah kita berjimat cermat dalam perbelanjaan kita yang semakin meningkat ini. Al maklumlah semua harga barang semua naik, tak ada dah yang makin turun..jangan mimpi lah.

Apapun.. hidup harus diterus. Perjalanan kita belum tentu panjang ke pendek kan. Kalau panjang alhamdulillah.. dapat lagi berbuat amal untuk bekalan ke tempat kekal nanti. Kalau pendek perjalanan kita, hanya di dunia saja..nanti akan sampai ke tempat kekal.. disana kita akan dapat pembalasan dengan apa yang telah kita lakukan. Baik amalan kita, maka senanglah kehidupan di sana nanti. Jangan takut kalau kita pernah berbuat silap, sebab Allah itu maha pengampun. Sementara masih ada peluang untuk kita bertaubat dan beramal sebagai bekalan nanti, maka ambil lah kesempatan itu sebaik mungkin.

Jangan lah terlalu menerkam kebendaan dunia tanpa mencari ilmu Allah. Seimbangkan lah amalan dunia dan akhirat agar kehidupan kita akan selamat. Amalan tidak rumit untuk melakukannya. Kalau kita istiqamah melakukannya, ia akan menjadi suatu kebiasaan seperti kita makan setiap hari. Ita mengingatkannya untuk diri Ita dan orang-orang yang Ita sayang. Tak salah kan kalau kita saling mengingati. Ita pun tidak sempurna tapi Ita akan cuba untuk menjadi yang terbaik.

Selalu ikhlas hati kita, In Sha Allah kita akan selamat dunia dan akhirat.

ooh.. jauh pulak celoteh Ita pagi ini. Jom lah Ita kongsikan menu breakfast pagi ini. Sangat simple..

MEE HOON GORENG

350 gm mee hoon
1 ikat kangkung-cuci dan potong
1/2 cawan ikan bilis-rendam air sekejap
1/2 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1/3 cawan kicap pekat manis
2 biji telur
Minyak untuk menumis

bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 biji tomato

Cara-caranya:


  1. Mee hoon di rendam dengan air suam hingga lembut dan toskan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.
  4. Masukkan ikan bilis, kacau.
  5. Taburkan kiub pati ayam. Kacau
  6. Masukkan telur dan kacau laju-laju supaya telur hancur.
  7. Jangan pecahkan telur di tengah-tengah kuali, tetapi tolakkan sedikit bahan tumis ke tepi kuali dan pecahkan telur, lalu dikacau laju-laju supaya telur hancur.
  8. Masukkan kangkung, kacau. Bila kangkung layu masukkan mee hoon. Gaul rata.
  9. Perlahankan api dan tutup kuali sebentar.
  10. Bila mee hoon sudah lembut, boleh lah diangkat dan dihidangkan.
  11. Tabur daun sup dan bawang goreng.
Haaa.. ini dia mee hoon goreng ringkas, tak de udang, tak de sotong dan takde ayam.. ekonomi betul la kan..

Okey hingga jumpa lagi dan selamat mencuba ya..

ASSALAMUALAIKUM..



Comments

  1. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts