NASI GORENG IKAN MASIN

IKAN MASIN YANG SEDAP..


Assalamualaikum.. selamat pagi . 

Salam Jumaat untuk semua. Semuga hari ini anda di sertai rezeki Allah sentiasa.

Pagi ini Ita masak ringkas-ringkas lagi. Kebetulan hubby nak ke kebun untuk menolong ayah Ita memungut durian. Jadi Ita masak simple2 ajer lah.  manu biasa-biasa ajer... huhuhu..

Semua orang nak cepatkan.. jadi., kita pun secara automatik kena cepat jugak..hehehe.. Tugas ibu dan isteri.. nak buat macam mana. Kalau orang lain hari minggu boleh rehat-rehat dan santai. Suami Ita, okey ajer kalau tak buat apa-apa pun tapi, Ita pulak yang rasa tak sedap hati kalau tak dapat sediakan sarapan untuk suami. Padahal, gerai makan beberapa langkah aje dari rumah. Seperti biasa, Ita lebih suka menyediakan sendiri sarapan untuk keluarga. Hubby pernah juga mintak Ita berehat kalau hari minggu. Tapi macam tak jadi jer..nasihatnya...


Mari..! Ita kongsikan resepi nasi goreng ikan masin yang telah Ita dan keluarga makan pagi ini. 

Kebetulan, banyak agenda Ita hari ini. Jadi Jumaat ini agak sibuk sedikit dari biasa. Alaah..bukan apa pun .. tugas dalam rumah jer.. kerja2 ringan tapi memerlukan masa jugak untuk melakukannya. Nak buat kerja berat2 dah tak boleh dah..

Jom!

NASI GORENG IKAN MASIN

Bahan-bahannya:

1 mangkuk besar nasi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping ikan masin tenggiri
5 kelopak kailan-potong kecil
3 biji cili padi
garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam-
150 gm hirisan isi ayam
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Goreng ikan masin dan hancurkan.
  2. Rebus ayam sekejap.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
  5. Masukkan garam dan gula.
  6. Masukkan ikan masin yang telah dihancurkan.
  7. Masukkan kailan dan kacau rata.
  8. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam.
  9. Akhir sekali masukkan nasi.
  10. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
Aduhs! sedap sungguh. Nak-nak kalau dapat bawa bekal ke pejabatkan... hmm... makan berebut-rebut pulak dengan kawan-kawan... 

Teringat Ita masa kerja dahulu, kalau dekat pejabat bawa biskut cream crackers pun sedap.. nak2 kalau time2 petang..selepas bank tutup.. masa tu.. semua makanan pun rasa sedap.. hihihihi.. apapun.. rindu betul dengan kawan2...

Bye..

ASSALAMUALAIKUM

Comments

Popular Posts