Monday, 24 August 2015

NASI GORENG TIMUR BARAT

EHH..! APA HAL DARI TIMUR KE BARAT NI...




Assalamualikum.... 

Takde maknanya kalau tak de makna..hehehehe..

Tentu tertanya-tanya kenapa ya sampai nasi goreng pun boleh ke timur dan ke barat. Entah.. tetiba jer muncul dari fikiran Ita.

Bukan apa, dalam rumah Ita ni kalau budak-budak suka sangat western food, tapi Ita ni..maknya tak suka sangat.. nak juga lauk pauk kampung. Eeee.. tak kemana nafsu atau selera Ita..balik-balik masakan kampung jugak. nak buat macam mana kan. Tapi kadang-kala masa dan tenaga membataskan Ita untuk menyediakan kedua-dua masakan ini dalam masa yang singkat. nak-nak kalau waktu pagi, semua nak cepat kan..

Jadi di mudahkan kerja Ita,  kahwin kan aje.. masakan timur dan barat. maka jadilah nasi goreng timur barat. Ada petai dan ada sosej kegemaran anak-anak...

meh la Ita kongsikan resepi nya.


NASI GORENG TIMUR BARAT

Bahan-bahannya:
1 mangkuk besar nasi
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1 sudu besar cili kisar
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
2 keping petai-ambil isinya
3 batang sosej-hiris tebal
minyak untuk menumis

Cara-caranya:


  1. Goreng hirisan sosej dan ketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga  lumat.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga naik bau. 
  4. Masukkan garam, kiub pati ayam dan kacau rata.
  5. Tolak ke tepi kuali sikit dan pecahkan telur, kacau laju-laju supaya ia masak hancur.
  6. Masukkan nasi dan kacau rata. sesuaikan rasa.
  7. Akhir sekali masukkan sosej dan petai. Kacau rata.
  8. Sedia untuk dihidang.

Okey, nanti boleh cuba ya... memang sedap dan tak terkata. nak tahu.. cuba!

Okey.. selamat bersarapan..

ASSALAMUALAIKUM...