ONDEH ONDEH

BUAH MELAKA AKA ODEH-ONDEH.. HIDANGAN LAMA..





Assalamualaikum.. selamat petang..


Ada macam-macam cerita yang kita dengar sekarang.., apa jenis cerita yang menarik bagi kawan-kawan semua. Cerita tentang makanan, cerita tentang tempat yang menarik, cerita hal peribadi artis, orang lain?? Hmm..cerita masyarakat luar?? Hmm... tapi awas.. jangan buat cerita ya..


Dalam pada sakit-sakit kepala petang ni, nak jugak Ita kongsikan satu resepi nenek moyang kita yang tak famous sangat tapi cukup untuk kita memberi pujian kerana nama nya kekal menjadi kuih yang evergreen.. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.. 

Bukan senang nak bagi kekal disukai sepanjang zaman, berkurun-kurun lamanya. Walaupun makin banyak kuih-muih barat menjadi kegemaran masyarakat melayu.., namun ia boleh berdiri kekal megah dengan nama aslinya ondeh-ondeh atau buah melaka.

Ita memang teramat kagum dengan kekukuhan ia mengekalkan rasa dan namanya.. Haaa.. itu lah kuih melayu yang dah boleh duduk sebaris dengan kuih barat di hotel-hotel yang bukan calang-calang bintang..

Masa kecik-kecik dulu.. selalu tolong ma bulat-bulatkan ondeh-ondeh ni kat dapur. Ita.., kalau sebut kuih lama mesti ada cerita disebalik kuih. Bukan setakat Yuna saja ada cerita disebalik gambar..hehehe... ya lah, setiap sesuatu yang pernah kita buat mesti ada ceritanya kan..

Tak mahu cerita lebih-lebih.., nanti merapu entah apa-apa kan.. mari, Ita kongsikan resepinya..

ONDEH ONDEH

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air pandan (kalau tak mahu blender pandan, boleh jer letak pes pandan yang dicampur dengan air)
sedikit pewarna hijau-ikut suka nak terang bagi lebih sikit
secubit garam
1/2 sudu kecil air kapur
1 keping gula melaka-potong dadu
1 cawan kelapa parut ( gaul dengan sedikit garam)

Cara-caranya:

  1. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  2. Dalam mangkuk, uli sebati tepung pulut, tepung gandum, air pandan, garam dan air kapur.
  3. Uli hingga menjadi doh yang boleh di bulat-bulatkan. Jika keras tambah air dan begitu jugak jika lembik boleh tambah tepung pulut.
  4. Ambil sebesar ibu jari dan bulatkan tekan leper, letakkan gula melaka. Bulatkan kembali, lalu di masukkan ke dalam air rebusan.
  5. Ulang hingga habis adunan.
  6. Angkat ondeh-ondeh bila ia sudah terapung.
  7. Letakkan di dalam kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.
  8. Golek-golekkan hingga tersalut semua ondeh-ondeh tadi.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
Okey..hingga jumpa lagi dilain masa dan selamat mencuba..

ASSALAMUALAIKUM...






Comments

Popular Posts