Tuesday, 11 August 2015

SAMBAL PETAI IKAN BILIS

SAMABL PETAI YANG ENAK...




Assalamualaikum.. salam sejahtera buat semuanya. Semuga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah.

Malam ini Ita masak ringkas-ringkas jer. Lagi pun ramai ahli rumah nak makan untuk alas perut sahaja. Masing-masing masih lagi kekenyangan. Makan buah durian banyak sangat. Buah durian tidak boleh disimpan lama-lama seperti buah-buah lain kerana ia cepat rosak. Jadi kami kena makan banyak-banyak semenjak 2 hari lepas.

Setelah hubby ke kebun ayah sabtu lepas, durian yang di bawa pulang sangat banyak. Itu pun setelah diagih-agihkan kepada kawan-kawan dan jiran, namun baki nya masih lagi banyak. Jadi kami kenalah habiskan.

Ita bercadang, baki yang masih ada tu akan Ita buat dodol durian atau tempoyak nanti. Tapi Ita sangat suka durian dari kebun ayah berbanding durian yang dijual ditepi jalan. Durian ayah memang terasa kelainannya. Ita dan keluarga sangat sukakan durian dari kebun ayah.

Ayah sudah sangat tua, adik beradik Ita ramai yang perempuan dan tinggal jauh dari ibubapa. Bila musim durian, Ita sangat kesiankan ayah memungut durian seorang diri. Kalau musim durian mahal bolehlah mengupah orang untuk memungutnya, tapi tiba musim durian murah, nak upah orang untuk memungutnya sangat tidak berbaloi.

Kalau dulu Ita selalu jugak menolong ayah mengutip durian tapi bila dah tak sihat macam ni.., Ita tak dapat nak menolong ayah. Hubby boleh tolong sesekali bila dia tak kerja sahaja. 

ehh.. panjang pulak cerita Ita ya. Jom lah Ita kongsikan resepi sambal petai ikan bilis kegemaran anak-anak Ita ini.

SAMBAL PETAI IKAN BILIS

Bahan-bahannya:

1 cawan ikan bilis
1/2 biji bawang besar-potong bulat
1/2 cawan isi petai
1 keping asam gelugor
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
sedikit minyak untuk menumis

bahan kisar:
1/2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
7 biji cili kering
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ikan bilis dan kacau rata-rata.
  3. masukkan garam, gula dan asam gelugor.
  4. Bila ikan bilis lembut, masukkan bawang besar dan petai. kacau rata.
  5. sesuaikan rasa.
Sambal ini boleh disimpan lama kerana ia tidak dimasukkan santan. Boleh disimpan di dalam peti ais dan panaskan bila hendak makan.

Okey hingga jumpa lagi di lain waktu.

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT MENCUBA