SAMBAL TELUR

ADA KETIKA .. KITA LARI DARI TAJUK...




Assalamualaikum...


Hurmm..., kenapa Ita kata kadangkala kita lari dari tajuk?? nak tahu?? Contohnya macam Ita hari ini. Tetiba rasa malas nak masak.., pelik kan? Pelik lah rasanya.. sebab kita bukan jenis yang malas masak.. malah..obses!!

Kalau  Ita cakap, Ita malas nak masak, mesti mereka yang di sekitar Ita akan ketawa tergolek-golek.. tapi tu lah.. kalau dah ada penyakit malas datang, tiada siapa yang boleh nak ubatkan kalau dah datang penyakit ni..

Tapi dek kerana lapar, kena buat jugak tapi tak rumit sangat.. sekadar yang simple2 ajer.. nak2 kalau tinggal berdua ajer.. dengan si kakak.. Jadi Ita ambil keputusan, nak buat sambal telur aje..

Meh..! Ita kongsikan resepinya.. nak borak panjang pun rasa malas jugak ni.. kenapa ya..


SAMBAL TELUR

2 biji telur
3 sudu besar cili kisar
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

  1. Rebus hingga masak dan kupas kulit. ketepikan.
  2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
  4. Masukkan cili kisar dan perlahankan ap.
  5. Tunggu hingga pecah minyak.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Sesuaikan rasa.
  8. Curahkan ke atas telur tadi.
Okey dan siap sambal telur kita.. 

Bye..

Comments

Popular Posts