Monday, 31 August 2015

SAYA DI AROMA SEPTEMBER 2015

PERKONGSIAN RESEPI DI MAJALAH AROMA..





Assalamualaikum... salam sejahtera..

Seperti manusia lain, Ita juga kadang kala mempunyai sikap dan tabiat yang ada pasang surutnya. Seperti juga soal kesihatan.. kadang kala kita merasakan diri kita sangat sihat, dan semua perkara kita mampu melakukannya. Tanpa kita sedar pada masa itu, kita lupa bagaimana kalau kita sakit nanti. Kerana kita alpa, bila kesihatan kita baik.

Tetapi kalau diberi ujian dalam bentuk kesihatan, mungkin masa itu.., baru kita sedar, yang sedikit nikmat Tuhan yang diberikannya kepada kita telah di tarik. Begitu juga dengan Ita sekarang.. jika terasa diri tak berapa nak baik, mula lah tak mahu berbuat apa-apa, sekadar duduk dan berdiam diri. Masa ini lah, macam-macam perkara yang difikirkan. Langsung tak mahu pandang komputer yang kebiasaannya menjadi rutin harian. Update blog.... hehehe..

Tapi.. hari ini alhamdulillah, ternyata rasa lebih baik sedikit daripada semalam.. dan apa cerita hari ni..ya. Ceritanya.. Ita di majalah AROMA bulan September 2015.


Kepada yang mahu berkongsi resepi dan untuk dibuat simpanan dalam bentuk majalah, Ita dah kongsikan di dalam majalah kesayangan anda ya.. iaitu majalah AROMA. Dalam majalah ini, Ita sertakan 10 jenis resepi kuih muih dan lauk pauk.

Bagi Ita, menyimpan resepi dalam bentuk buku, lebih senang untuk dirujuk berbanding dengan nak buka komputer dan nak kena catit bahan-bahan untuk dicuba. tapi, bagi yang tak mahu susah2.., boleh  jer.. buka phone dan terus tengok kat situ kan. Terpulang kepada keselesaan masing-masing. 

Buat sepupu dan saudara mara Ita, thank a lot sebab sudi.. promote buku-buku kakak mu ini kat kawan-kawan ya...

Sehingga jumpa lagi...

ASSALAMUALAIKUM...