SERI MUKA GULA MELAKA

SERI MUKA GULA MELAKA VERSI RINGKAS DAN SEDAP..



Assalamualaikum.. apa khabar..? selamat petang.. semuga kawan-kawan semua happy-happy ya..


Petang ni Ita nak kongsikan kuih untuk hidangan minum petang. Sambil rehat-rehat kat anjung tu.. meh kita minum-minum dan makan kuih sikit-sikit sambil menunggu malam. Jangan pulak makan banyak-banyak ya.. malam nanti nak makan lagi... Makan lah sekadarnya sahaja.. berhenti sebelum kenyang..


Seri muka ni sangat lembut dan sedap pada selera kami. Dari yang muda sampai yang tua, dari yang kecik sampai yang besar.. semuanya sukakan kuih ni.. Dulu, (dulu-dulu lah..) Ita tak suka pulut kalau di buat kuih. Ita cuma makan pulut cicah kelapa bersama ikan kering goreng. Biasanya ma akan hidangkan waktu pagi sebelum ke sekolah. Walaupun ma sibuk, sebelum pergi kerja.. ma tak pernah lupa sediakan  kami sarapan pagi. Kami tak pernah pergi ke sekolah kelaparan. Seawal jam 5 pagi memang ma sudah bangun untuk menyiapkan sarapan untuk kami adik beradik. Alhamdulillah..

Jom.., Ita belanja resepinya ya..




SERI MUKA GULA MELAKA

Lapisan bawah:
1 cawan beras pulut -rendam semalaman
1/2 sudu kecil garam
1 cawan santan-sederhana pekat dan cair

Lapisan atas:
1 keping gula melaka (150 gm)
1/3 cawan susu pekat
4 biji telur
1 sudu tepung jagung

Cara-caranya:



  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang berukuran 6" X 3" berbentuk bulat.
  2. Alas loyang dengan plastik dan sapu minyak di sekelilingnya.
  3. Masukkan pulut ke dalam loyang bersama santan dan garam.
  4. Kukus selama 30 minit.
  5. Bila masak , angkat pulut dan padat-padatkan dengan sudu.
  6. Ita guna plastik. Ita letak plastik atas pulut dan Ita tekan dengan tangan supaya licin dan rata.
  7. Untuk membuat lapisan atas: Kisar semua bahan lapisan atas.
  8. Tapiskan. Tuangkan ke atas pulut dan kukus selama 40 minit.
  9. Tunggu hingga betul-betul sejuk sebelum di potong.
Okey selamat mencuba kepada yang mahu mencuba tu ya., yang tak mahu mencuba kalau nak makan, ada jer jual kat pasar kan..hihihihi..

Bye.. ASSALAMUALAIKUM...

Comments

Popular Posts