Friday, 28 August 2015

SOTONG MASAK KICAP

HARI NI KITA MAKAN LAUK SOTONG YA..




Assalamualaikum... selamat tengahari semua..

Hari ini Ita macam biasa, kalau mood tak berapa nak rajin kita masak simple2 ajer.. terlajak malas sikit sehari dua ni. Percaya tak.. kalau Ita kata, kalau kita jadi malas ni mesti ada sebab nya. Ermm.. betul kan.. mestilah bersebab.

Ita tak berapa nak sihat betul sehari dua ni.. tak tahan sangat dengan ubat yang Ita makan. Ia menjadikan kepala Ita rasa sakit dan sangat tak selesa. Nak atau tidak kena jugak makan. Tak makan dapat penyakit tak sembuh pulak.

Tapi masih boleh kenal orang, walaupun kepala rasa tak berapa nak betul. Jadi tugas hakiki, memasak tu. .terpaksa di perlahankan. Anak-anak pun faham.. janji buka tudung saji ada lauk dan kuih untuk dimakan. Sebab tu, Ita suka simpan resepi2 yang simple. Nak digunakan kalau time2 macam ni lah.

Jadi, nak dipendekkan cerita, Ita masak sotong masak kicap aje hari ini. Di padankan dengan kailam tumis dan udang goreng mentega untuk Adam. Hmm.. Adam kalau butter prawn memang dia laju. Kadang tu tak sempat makan nasi, udang dan tinggal separuh. 

Jom lihat resepi yang tersangat simple..


SOTONG MASAK KICAP

Bahan-bahannya:

3 ekor sotong (lebih kurang 1/2 kilo)
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 biji bawang besar-potong bulat
1 biji tomato-potong baji
1 biji cili merah-hiris
2 ulas bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Sotong dipotong empat segi, cuci dan toskan. Ita kelar2kan empat sgi gitu.. 
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata.
  4. Masukkan sedikit air.
  5. Masukkan sotong dan perlahankan api.
  6. Masukkan garam dan gula, kacau rata.
  7. Masukkan sotong dan perlahankan api. Biar hingga sotong masak.
  8. Masukkan tomato dan hirisan bawang besar.
  9. Sesuaikan rasa.
  10. Hidangkan.
Okey dah siap sotong masak kicap. Hidangkan bersama nasi panas.. aduhs! sedap sangat..

Semuga jumpa lagi.. Selamat Mencuba

ASSALAMUALAIKUM...