Friday, 7 August 2015

UDANG MASAK TOMATO

LAGI-LAGI UDANG..


Assalamualaikum.. salam sejahtera untuk pengunjung dapur maya Ita.

Hei.. Ita dah siap masak untuk makan malam. Anda bagaimana? Ke tengah menikmati kuih muih, minum petang?

Terbiasa menyiapkan menu makan malam awal, hari ni.. walaupun cuti..Ita tetap jugak masak awal. Bukan apa.. masak awal..boleh rehat awal kan. Nanti kul 8.00 malam boleh menghadap TV. Emm.. dah lama rasanya tak tengok TV. Kalau dulu..pernah lupa nak on TV macam mana.. TV kalau disambung dengan ASTRO.., kadang kala anak-anak tukar pulak ke video.. Ita langsung tak pandai nak buka.

Tapi sejak akhir-akhir ini.., macam-macam berita menarik menjadikan Ita rasa nak tengok berita jam 8.00. Selalunya Ita suka tengok berita TV3. Sebelum ni, Ita banyak baca berita kat surat khabar jer..hehehe..

Jadi malam ni, macam biasa,.. dinner awal sikit.. kul 7.00 gitu, pastu boleh tengok berita.

Nak tahu apa menu Ita malam ni..?

Ita masak UDANG MASAK TOMATO..jom, Ita kongsikan resepinya ya..

UDANG MASAK TOMATO

Bahan-bahannya:

500 gm udang-bersih dan toskan
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
4 biji bawang merah-cincang
4 biji bawang putih-cincang
1 biji tomato hijau-potong dadu
1 biji tomato merah-potong dadu
1 biji cili merah-hiris memanjang
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 tangkai daun kari
1/2 biji air perahan limau nipis
minyak untuk menggoreng udang

Cara-caranya;

  1. Panaskan minyak.
  2. Udang digaul bersama rempah kari, tepung jagung dan garam.
  3. Goreng udang hingga masak.
  4. Buang minyak lebihan dari goreng udang tadi dan tinggalkan 4 sudu besar.
  5. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga bawang layu.
  6. Masukkan daun kari.
  7. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram dan gula.
  8. Kacau rata.
  9. Masukkan potongan tomato dan cili merah. kacau rata.
  10. Masukkan jus limau nipis.
  11. Masukkan udang, gaul rata-rata.
  12. Sedia untuk dihidangkan.


Okey.. dah siap udang tomato kita ya. Bolehlah dihidang bersama lauk lauk lain ketika masih panas-panas. Tentu sedapkan.

SELAMAT MENCUBA

ASSALAMUALAIKUM..