Sunday, 13 September 2015

ANGEL HAIR TUNA MAYONIS

SELERA PASTA PULAK...



Assalamualaikum.. selamat tengahari ya..

Dah lunch? hurmm.. banyak betul nak memikirkan perkara-perkara yang tak terjangka. Kadang kala terasa jugak stress memikir kan jalan penyelesaiannya. namun bila difikirkan kembali.. buat apa nak buat otak kita stress.. anggap jer ianya suatu dugaan yang kadang-kala di ujikan untuk kita mengikut kemampuan kita. Nak bagi kita berfikir sikit. Asyik nak happy memanjang.. takde cabaran langsungkan.. Hurmmm.. apa pendapatan kawan-kawan???

Bila mood kucar kacir sikit, mula lah nak masak pun tak de mood. Meh.. kita buat lunch hari ni.. ikut mood yang tak bermood ni.. hihihihi.. Masak ringkas-ringkas.. anak-anak.. jangan komplen mak banyak-banyak yer.. dah itu rezeki awak hari ni.. Mak nya ni, membebel dalam hati jer, tengok muka anak.. terus tak jadi nak membebel.. sayang lagi ada..

Nak tahu Ita masak apa tengahari ni? Hurmm..
Angel Hair Tuna Mayonis.. sedap.., simple dan kenyang...

Meh Ita kongsikan resepinya.

ANGEL HAIR TUNA MAYONIS

Bahan-bahannya:

250 gm pasta angel hair
1 tin kecil tuna dalam mayonis
1 biji bawang besar-cincang
3 ulas bawang putih-cincang
1 tangkai daun bawang-hiris
1 biji cili merah-cincang
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 kiub pati ayam
70 gm brokoli-potong kecil
70 gm bunga kobis-potong kecil
1/2 biji lobak merah-hiris bulat
garam secukupnya

Cara-caranya:
  1. Rebus pasta angel hair hingga lembut.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih.
  3. Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  4. Brokoli, bunga kobis dan lobak merah. Kacau rata.
  5. Masukkan angel hair dan kacau rata.
  6. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan dan letakkan 2 sudu besar tuna mayonis di atasnya.
  7. sedia dinikmati.
Ringkas kan.. mudah sangat. Ita macam tu lah.. kalau mood masak tu.. tiba-tiba jer ke laut.. masak yang senang-senang jer.. janji anak-anak tak lapar. Tapi petang nanti memang kena rajin sikit sebab hubby balik dari kerja selalunya terus nak makan..hehehe.. takkan nak bagi yang simple-simple sangatkan.. hihihihi..

Okey hingga jumpa lagi..

ASSALAMUALAIKUM..