Saturday, 19 September 2015

APPLE DANISH

JOM KITA BERDANISH HARI INI..



Assalamualaikum... selamat petang..

Apa khabar semuanya. Dah minum petang ke belum. Kalau dah tu.. masak apa hari ini untuk minum petang anak-anak dan keluarga.


Suatu yang paling mengembirakan Ita bila anak-anak cuti sekolah. Dapat berkumpul dengan anak-anak adalah suatu moment yang indah untuk diabadikan. Pernah Ita mendengar rugutan seorang kawan yang dia tidak suka kalau cuti sekolah. Katanya, rumah akan bising dan bersepah dengan karenah anak-anak. Sebaliknya pada Ita. Ita suka kalau anak-anak ada di depan mata. Masak banyak-banyak.. buat jajan banyak-banyak. Tentu-tentunya peti sejuk kat rumah tu tak akan sejuk-sejuk dek kerana anak-anak yang kerap menghendap kat dalam peti ais untuk menjejak makanan kegemaran mereka.

Hari ini Ita buatkan danish untuk anak-anak Ita. Kalau cuti sekolah macam ni lagi lah ringan tugas Ita didapur kerana anak-anak akan menolong Ita. 

Anak-anak Ita memang suka danish. Jadi bila tengoj epal hijau banyak kat peti ais pagi tadi. Ita buat inti epalnya dahulu dan sejukkan.

Jom Ita kongsikan resepinya ya..

APPLE DANISH

Bahan inti:

4 biji epal-potong dadu
3 sudu besar gula perang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar mix spices
1/2 sudu kecil garam

Bahan pastri:

500 gm gandum
8 gm yis kering
200 ml air ais
50 gm mentega
1 biji telur
70 gm gula
1/2 sudu kecil garam
250 marjerin pastri

Cara-caranya:

  1. Gaul gandum, air, garam, yis,telur, gula dan garam hingga rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Balut dengan plastik wrapping dan letak dalam peti sejuk 30 minit.
  4. Canai doh dan letakkan pastri marjerin ditengah-tengahnya.
  5. lipat bahagian kanan ke tengah dan bahagian kiri ke tengah. Canai leper.
  6. Lipat lagi. Canai nipis.
  7. potong mengikut saiz yang dikehendaki dan letak dalam bekas alumiunm foil empat segi kecil.
  8. Letakkan inti epal tadi.
  9. Bakar 15 minit.