AYAM MASAK TAUCU

UBAH SELERA SIKIT.. TAK MAU.. SANTAN HARI-HARI...



Assalamualaikum... selamat petang..


Dah minum petang ke.. Ita just nak sharekan masakan hari ini. Cuti-cuti sekolah macam ni, rasa happy sikit dalam hati. Ya lah.. anak-anak ada disekeliling kita. Ita suka kalau hari anak Ita tak sekolah sebab Ita memang sunyi jika ketiadaan mereka. Terasa lambat jer menunggu waktu petang, untuk berkumpul dengan suami dan anak-anak.


Kalau ada anak-anak di rumah Ita pun boleh menyuruh mereka buat sesuatu yang Ita inginkan. Dengan keadaan kesihatan Ita yang tak berapa nak baik menjadikan pergerakan Ita sedikit terbatas, namun masih terselit seribu kesyukuran dengan nikmat Allah yang indah ini. Ita tak mampu lagi untuk berjalan jauh-jauh kerana ia amat memeritkan, jadi.. Ita banyak duduk di kerusi sahaja.

Banyak undangan ke tempat kenduri yang terpaksa Ita abaikan. hanya anak-anak dan suami sahaja yang pergi memenuhi setiap undangan.

Hurmm.. Ita masak apa hari ini ya.. Ita masak Ayam Masak Taucu. Anak-anak pun dah pandai membuatnya. Ketika cuti sekolah macam ni, Ita akan usahakan untuk mengajar anak-anak Ita masak. Adam yang berumur 10 tahun pun, tak terkecuali. Biar pun dia anak lelaki, namun Ita tak mahu jadikan alasan dia tidak boleh ke dapur. Alasan tu sudah tidak relevan lagi bagi Ita. hehehe..

Jom kita tengok apa bahan-bahannya:

AYAM MASAK TAUCU

Bahan-bahannya:

500 gm ayam
1/2 cawan taucu
1/2 cawan air asam jawa
3 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
700 ml air
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula1 biji cili merah
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan taucu dan asam jawa. Kacau.
  3. Masukkan air dan ayam.
  4. Perlahankan api dan biarkan ayam empuk.
  5. Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam. Kacau.
  6. Sesuaikan rasa.
Alhamdulillah, anak-anak Ita suka ayam masak taucu ini.

Okey.. itu saja perkongsian Ita kali ini semuga memberi manafaat kepada yang memerlukan.

Assalamualaikum.. selamat mencuba




Comments

Popular Posts