BUBUR PULUT HITAM

LAMA TAK MAKAN BUBUR PULUT HITAM..



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Bagi yang berhujung minggu tentunya keluar berjalan-jalan dan cari-cari makan sesuatu yang paling best. Tak yah cerita.. akak dah alami semuanya tu.. hehehe..

Tapi diwaktu senja-senja macam ni , Ita tak mahu lepaskan peluang dengan masa yang ada untuk menyediakan bubur sebagai pemanis mulut untuk menyambut suami pulang dari kerja nanti. Ita faham dan tahu sangat-sangat.. kerjanya yang sentiasa sibuk terkadang tidak mempunyai kesempatan pun untuk lunch atau minum-minum. Jadi sementara menanti untuk makan malam Ita mahu sediakannya bubur pulut hitam kegemaran seisi keluarga Ita.

Nanti bila dia pulang terus Ita akan hulurkan semangkuk bubur yang telah diletakkan dalam peti ais. Hubby sangat suka kan bubur yang diletak dalam peti ais. Ita pun..suka jugak..

Jom Ita kongsikan resepinya ya:

BUBUR PULUT HITAM

Bahan-bahannya:

3 cawan pulut hitam-rendam 4 jam
2 cawan santan pekat
2 cawan gula (Kalau mahu manis tambah gula ya..)
3 helai daun pandan
Air secukupnya
secubit garam

Cara-caranya:

  1. Rebus pulut hitam hingga empuk.
  2. Masukkan gula. Kacau hingga gula melarut dan mendidih.
  3. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  4. Masukkan secubit garam. Kacau.
  5. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan tanpa henti.
  6. Tambah air jika perlu. Kalau mahu pekat terpulang ya.
  7. Ita suka yang kuahnya agak pekat sedikit.
  8. Jadi Ita tambah sedikit aje airnya.
  9. Sesuaikan rasa.
  10. Boleh dihidang sejuk atau panas.
Okey mudah aje kan... Sediakan makanan kegemaran suami. penat lelah anda tentu berbayar.. pahala berganda kerana menyenangkan hati suami dan anak-anak. 

Selamat memasak..

ASSALAMUALAIKUM..


Comments