KUEWTIAW TOM YAM

NAK JOINT ?? SEDAP..


Assalamualaikum... selamat petang buat tetamu Ita petang ini. Dah siap kerja rumah? Kalau yang dekat office tu.. tak sabar-sabar nak pulang ke rumah ya. Nak2 esok hari jumaat.. Bagi yang bercuti esok tu.. tentu dah merancang nak pergi mana ya.. Nak balik kampung menjenguk orang tua atau bersiar-siar bawa family atau.. jalan-jalan cari makan.

Ita faham.. kerana Ita pernah berada dalam situasi macam tu.. selalunya suka jugak.. kalau jalan-jalan cari makan.. dari Kota Bharu.. boleh sampai ke Besut semata-mata nak makan makanan laut. Oooh.. seronok, nak-nak kalau dapat bersama suami dan anak-anakkan. Hujung minggulah hari yang ditunggu-tunggu.. Bersama keluarga yang selalu kita tinggalkan kerana tugas..

Tetapi sekarang.., sangat-sangat terbatas atas faktor kesihatan Ita yang tak berapa nak baik. Ita tidak boleh berjalan banyak..jadinya, di rumahlah tempat Ita menghabiskan hari-hari Ita. Nasib baik ada internet dan komputer.. disitu lah tempat Ita menghabiskan masa selain berada di dapur. Ita boleh masak sambil duduk di lantai, Ita buat apa yang Ita rasa nak buat. Kata hubby, Ita perlu cari kegembiraan sendiri dengan apa yang ada disekitar kita. Kegembiraan boleh di create kan katanya.. huhuhu..

Dan.. sekarang di rumahlah tempat ku..



Jom Ita kongsikan resepi nya:

KUETIAW TOMYAM

1 mangkuk kuetiaw
2 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 ekor sotong-hiris bulat
6 ekor udang - Ita buang kepala
100 gm hirisan ayam
1 keping kobis-potong kecil
2 helai sawi-jika suka
1 kiub tom yam
1/2 biji lobak merah-potong bulat
1 batang serai-ketuk
2 helai daun limau purut
1 biji tomato-belah dua
garam an gula secukup rasa
air secukupnya

Cara-caranya:


  1. Masukkan air (Ita gunakan 1 1/2 mangkuk air), ayam, serai, kiub tom yam, bawang merah, bawang putih ke dalam periuk. 
  2. Biar hingga ayam empuk. 
  3. Masukkan lobak merah, sawi, kobis, udang dan sotong.
  4. Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
  5. Masukkan tomato. Biarkan sebentar.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Sediakan 2 mangkuk kuetiaw dan curahkan kuah tom yam diatasnya.
  8. Nikmatinya dengan rakus.. anda pasti terhibur.


Hanya 2 mangkuk kuetiaw tomyam untuk Ita dan anak perempuan Ita untuk tengahari ini. Kami nikmatinya dengan penuh kesyukuran.. sedap tak terkata..

Ita memang amat mengemari tom yam. Nak-nak kalau tom yam seafood.. aduhs!.. sedap sangat..

ASSALAMUALAIKUM..


Comments

Popular Posts