MEE SEGERA MASAK BERSERAI

MAGGI MASAK BERSERAI PULAK.. ADUHS!! TAK PERNAH-PERNAH SUKA MAGGI.. TETIBA JER..


Assalamualaikum... selamat petang.. masih mood raya lagi tak?

Hurmm.. sesetengahnya dah start kerja pun.., kan? Tak kurang juga yang masih bercuti.. yang mana bercuti tu..masih happy-happy lagi kan bersama keluarga di kampung. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk berziarah ke rumah keluarga dan saudara mara.

Hari ini Ita nak sharekan maggi yang Ita masak dengan anak perempuan Ita. tetiba aje rasa nak masak maggi. Sebenarnya ia bukan lah makanan kegemaran Ita pun sebelum ni.. 

Dulu..masa tinggal dengan ibu.., jangan haraplah nak makan maggi.. ma Ita memang marah dan tak suka anak-anaknya makan maggi. Tapi bila berkahwin.. hubby pulak yang suka makan maggi. Memang Ita selalu menasihatinya supaya jangan makan maggi.. tetapi tak dihiraukannya pun. Bila lepas makan waktu magrib dia akan rehat sekejap. Pastu kalau tidur lewat, mula la dia merayap ke dapur mencari maggi..

Tapi tetiba.. hari ni.. Ita pulak yang teringin nak makan maggi.. hehehe..

Maka Ita pun mengajak kakak ke dapur.. makan dan masak cepat-cepat sebelum anak balik dari mengaji quran. Kerana Ita tak mahu Adam makan maggi nanti..

Jom Ita sharekan resepinya.


MAGGI BERSERAI

Bahan-bahannya:

2 bungkus maggi
1 liter air
2 helai daun limau purut
1 biji tomato-belah 4
2 biji cili padi-ketuk
1 batang serai

Cara-caranya:

panskan air hingga mendidih.
Masukkan serai dan limau purut.
Masukkan maggi mee., biar hingga ia lembut.
Masukkan rempah/perencahnya dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan tomato dan angkat cepat-cepat.
Jangan biar terendam lama diatas dapur, supaya maggi mee tidak lembik.

Jika suka boleh lah diletakkan telur, tapi Ita tak letak sebab Ita tak suka..hehehe..

Sedia dinikmati, kena pulak dengan teh 'O' ais.. aduhs.. best giler... Letak pulak dalam pinggan baru yang baru dibeli ni. Terima kasih Nisa, saya beli ya..

Okey hingga jumpa lagi.. 

ASSALAMUALAIKUM

Comments