NASI HUJAN PANAS

NAK MAKAN BERAT SIKIT PAGI INI..




Assalamualaikum.. selamat pagi semua.

Abang kata, tak nak makan berat-berat waktu pagi. Katanya.. selera tak kuat sangat berbanding makan malam. 

Katanya..,  makan pagi sekadar untuk alas perut sahaja. Jam 10 baru terasa lapar sikit. Waktu tu, baru rasa nak makan berat-berat seperti nasi.

Katanya.. (tetapi..) pagi ini terasa lapar pulak. Nak makan nasi katanya.. agaknya sebab malam tadi dia makan sikit sahaja..

Hurmm... Ita mula memikirkan nak masa apa dengan waktu yang amat singkat. Waktu pagi selalunya kelam kabut.. Tapi hari ini budak-budak tak sekolah.., jadi Ita boleh buat dengan tenang dan enjoy..di dapur.

Nak realisasikan keinginan abang, Ita buatkan nasi hujan panas. Hurmm..berjaya jugak kenakan seleranya. Alhamdulillah. Semuga dia  berkerja dengan selesa dan tenang bila perutnya dah kenyang.

Hanya itu yang mampu Ita senangkan hatinya. Semuga keberkatan dari Allah yang Ita dapat.

Jom Ita kongsikan hidangan yang Ita sediakan buat cik abang Ita yang sentiasa handsome di mata Ita. Peduli apa Ita dengan pandangan orang. Walaupun orang lain nampak dia macam beruang panda, Ita tetap nampak dia macam 23 tahun yang lalu.. apa lah sangat dengan perubahan fizikalnya berbanding sikap nya yang tak pernah nak berubah.. baik, jujur, penyayang..segala-galanya yang baik-baik dan menyenangkan hati Ita. Hehehehe.. 

Tak mahu puji abang panjang-panjang.. nanti balik kerja tak mandi abang kalau dapat pujian memanjang macam ni...

Jom Ita kongsikan kisah Nasi Hujan Panas


NASI HUJAN PANAS

Bahan-bahannya:

2 cawan beras basmati
1 inci halia-hiris
4 ulas bawang putih-hiris
4 biji bawang merah-hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
1 batang serai
1 sudu minyak sapi
1 sudu besar mentega
pewarna merah dan hijau
1/4 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam

Caranya:

  1. Panaskan minyak sapi dan mentega. 
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah, halia, bunga lawang, kulit kayu manis dan biji pelaga hingga naik bau.
  3. Masukkan serai dan daun pandan.
  4. Masukkan susu cair dan air. Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  5. Bila mendidih, masukkan beras. Biar mendidih sekejap. Angkat dan masak didalam periuk nasi elektrik.
  6. Bila masak, buka periuk dan titik pewarna merah dan hijau. Tutup periuk semula. Biar seketika.
  7. Buka tutup periuk dan kacau rata supaya warna bergaul rata.
  8. Sedia dihidang bersama kari ayam, kari daging atau ayam goreng berempah serta acar.
Okey.. itu saja perkongsian Ita pagi ini. Semuga jumpa lagi..

ASSALAMUALAIKUM..

Comments