Friday, 4 September 2015

PUDING GULA HANGUS

PUDING KEGEMARAN SEJAK DULU...



Assalamualaikum.. apa khabar..dan selamat petang.

Esok hujung minggu ya.. Nah Ita nak kongsikan resepi hujung minggu untuk anda. Puding gula hangus!! Ita percaya ramai yang sukakan puding gula hangus ni.. Puding ni macam-macam versi yang Ita jumpa. Resepi ni.. resepi campak-campak versi Ita. Dah memang mudah nak membuatnya, main campak ajer sesedap rasa, hehehe...

Sejak zaman sekolah lagi, Ita sangat sukakan puding ni. Mana tak nya, rasa telur bercampur susu memang memikat hati dan citarasa. Tambah lagi, bila anak-anak dan suami juga menyukainya lagi kerap Ita membuatnya. Tapi selalunya tak sempat ambil gambar dah habis...hehehehe..

Nah, Ita kongsikan... jangan cakap akak tak payung ya...

PUDING GULA HANGUS

Bahan-bahannya:

2 sudu besar gula
5 biji telur
1 cawan susu pekat
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu makan tepung jagung

Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Sediakan loyang bulat berukuran 7".
  3. Masukkan gula di dalam loyang dan panaskan dengan api perlahan di atas dapur. Pastikan api perlahan ya..
  4. Tunggu hingga gula berwarna keperangan.
  5. Angkat dan biar beku sekejap.
  6. Sementara itu dalam mangkuk, campurkan telur, esen vanila dan susu pekat. Kacau sebati.
  7. Curahkan di dalam loyang tadi.
  8. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
  9. Tunggu sejuk sebelum dihidangkan.

Kan.. akak dah cakap, memang senang dik.. terbaik tau..

Esok weekend, jangan tak cuba..

ASSALAMUALAIKUM...