PULUT DURIAN

DURIAN OH DURIAN...!!





Assalamualaikum dan selamat malam..


Tiada perkongsian menarik yang Ita ada hari ini. Ya.. petang tadi Ita cuma masak pulut dan sediakan kuah santan serta hirisan gula melaka yang di tambah sedikit gula untuk di makan bersama pulut durian. Dalam rumah Ita tak ramai yang sukakan pulut durian. Hanya hubby dan Ita sahaja yang sukakan makanan ini.

Walaupun adik Ita membesar dengan keadaan ayah yang berkebun semenjak kami kecil lagi, namun dia tidak langsung sukakan durian seperti ma Ita. Ma Ita jugak tidak sukakan durian. Dia tidak tahan dengan baunya. Namun jika di buat lempok atau ayah bawa balik durian muda yang belum masak, ma boleh memakannya. Tapi sedap jugak durian muda. Ia rangup..


Suatu kenangan yang tidak dapat kami lupakan adalah ketika satu kampung ke kebun durian atuk bukan kerana nak merasa makan durian tetapi nak mengutip buah keranji. Pagi-pagi selepas subuh orang kampung yang nak pergi mengutip buah keranji akan berkumpul di tepi jalan dan atuk saudara Ita yang mempunyai lori kecil akan mengangkut orang-orang kampung ke kebun durian atuk untuk mengutip buah keranji. Seronok sungguh mengingati kenangan itu. Yang tentunya paling suka adalah kami yang budak-budak lah, dapat berkumpul ramai-ramai, mandi  sungai lepas tu makan nasi berlaukkan ulam dan ikan bakar juga ikan kering bakar  di atas daun pisang. Aduhs! seronok giler. Oleh kerana atuk mempunyai pokok keranji kat kebunnya dan pokok itu hanya boleh dipanjat oleh yang pakar ajer kerana pokoknya tersangat besar dan tua. Jadi setiap kali musim keranji, macam ni lah aktiviti orang kampung kami.

Tapi kini hanya tinggal kenangan, yang tentu nya menjadi memori yang sangat indah untuk dikenang. Sebab itu jugak, Ita rasa hubungan kekeluarga antara kami sangat rapat walaupun bila ditanya apa hubungan antara satu sama lain, bila dikira-kira balik dia adalah sepupu kepada atuk saudara saya..haaa.. bunyi macam jauh tapi sebenarnya kami rasa masih terlalu dekat. Atuk saudara macam atuk sendiri, kakak sepupu rasa macam kakak sendiri.. Memang manis betul bila dikenang.. Alhamdulillah..

Nak Ita kongsikan resepi pulut durian ke? Hurmm.. jom Ita kongsikan ya..



PULUT DURIAN

Bahan-bahannya:
2 cawan pulut-direndam semalaman
3 cawan santan pekat
1 cawan air (jika mahu cair tambah air ya..)
sedikit garam
2 keping gula melaka-diracik halus
gula secukupnya
durian secukupnya

Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Bila mendidih, kukus pulut hingga masak.
  3. Untuk kuah santan: panaskan santan pekat dan secawan air serta dicampur  sedikit garam.
  4. Bila agak-agak panas tu boleh lah diangkat. Jangan sampai mendidih ya.
  5. Hidangkan bersama durian, gula melaka yang diracik halus, gula dan pulut.
Bagi hubby Ita, dia sangat mengemari pulut durian tetapi agak membataskan selera nya kerana dia tidak dapat memakan ubat jika Ita hidangkan pulut durian. Sebab itu Ita kena buat pulut durian ni ketika dia tidak mengambil ubat. Risau bila Ita asyik hidangkan pulut durian, dia pulak yang abaikan ubatnya akibat tak tahan godaan pulut durian ni. Nak pulak kalau durian ayah Ita yang memang sedap pada tekak kami..durian pusaka..

Assalamualaikum.. 






Comments