SOLOK LADA
SOLOK LADA YANG SEDAP TAK TERPERI...
Assalamualaikum.. selamat petang.
SOLOK LADA
Bahan-bahannya:
5 biji lada hijau-besar punya..
4 ekor ikan kembung-ambil isinya sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu besar lada hitam
3 biji bawang merah
1/4 cawan santan
2/3 cawan kelapa parut
2 tangkai pucuk ubi kayu
Cara-caranya:
Assalamualaikum.. selamat petang.
Dah lunch ke belum.. kalau yang bekerja tu.. tentunya sudah lunch kan.. Lunch apa hari ini. Fast food ke.. kalau nak cepat tentunya fast foodkan. service sampai ke pintu gitu.. hehehe.. Ita pun pernah camtu jugak.. hehehe.. tak terkecuali. Tapi bila dah rehat kat rumah macam ni.. no more fast food lagi. Selagi boleh elak, akan Ita elak..In Sha Allah..
Nak tahu apa yang nak Ita kongsikan hari ini. Ita ada masak solok lada. Ita tak pasti kalau luar dari Kelantan, solok lada ni ada tak terdapat kat kedai makan. Namun ia adalah salah satu favourite Ita. Hmm.. sebab dulu-dulu Ita tinggal di luar Kelantan, susah nak dapatkan makanan ini, jadi the best way.. kena pandai buat..huhuhuhu..
Solok ni kalau di Kelantan, kalau ada kenduri mesti ada lauk ni. rasa ikan lemak-lemak santan dan sedikit pedas dengan lada sungguh menambat selera Ita dan suami. Suami ajer? Hmm.. anak-anak tak berapa nak suka lagi tu.. agaknya dia tengok lada pun dah terfikir..tersangat pedas..
Cara nak mebuatnya taklah susah sangat. hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan. tu lah kan.. orang-orang dulu punya makanan. simple ajer.. tapi sedap. Bahan-bahan pun senang ajer nak dapat. Sebab tu makanan orang-orang dulu masih boleh bertahan dengan selera orang moden..
Mari Ita kongsikan resepinya ya. Nak cepat ni.. banyak kerja yang Ita kena siapkan hari ni.. hehehe..
SOLOK LADA
Bahan-bahannya:
5 biji lada hijau-besar punya..
4 ekor ikan kembung-ambil isinya sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu besar lada hitam
3 biji bawang merah
1/4 cawan santan
2/3 cawan kelapa parut
2 tangkai pucuk ubi kayu
Cara-caranya:
- Tumbuk bawang merah bersama lada hitam hingga lumat.
- Masukkan isi ikan dan garam.
- Tumbuk lagi hingga hancur lumat.
- Masukkan ke dalam mangkuk, gaul dengan kelapa parut.
- Cili hijau di belah tengah, jangan sampai putus. Buang bijinya.
- Ambil isi ikan tadi dan sumbat ke dalam cili padat-padat.
- Masukkan santan ke dalam periuk dan letakkan pucuk ubi kayu sebagai alasnya.
- Letakkan cili sumbat tadi di atas pucuk ubi kayu.
- Masak dengan api paling perlahan hingga masak.
- Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau nasi kerabu.
Ita kalau makan nasi kerabu, mesti nak ada solok lada ni. Memang tak sah lah kalau takde solok lada bila makan nasi kerabu. Kiranya ia boleh membuka selera jugaklah.. kalau-kalau tiba-tiba hilang selera makan tu.. hehehe..
Selamat Mencuba ya..
ASSALAMUALAIKUM...
Comments
Post a Comment