STEAK IKAN DORY

BIRU MATA HITAM KU...


Assalamualaikum... selmat petang dan apa khabar semua. Beberapa hari  juga Ita tak update blog.. tak sempat.. betul. Kesihatan pulak tak mengizinkan untuk Ita berlama-lama di depan komputer.

Tapi tugas memasak tak diabaikan. Kalau terabai.., alamat lapar lah anak-anak Ita. Dan..mangsanya tentunya lah KFC. hehehe..


Tengahari ini Ita masak ringkas-ringkas jer.. 

Adam pulak tak ke sekolah pagi ini kerana kelasnya digunakan untuk peperiksaan UPSR. Kelasnya cuti hari ini dan lusa. Jadi Ita plan nak masak western. Kakaknya tak kisah Ita akan masak apa, tapi kalau Adam dia berkira sikit. Ada sesetengah makanan dia tak sentuh langsung.

Alhamdulillah..bila bagi steak dia okey jer nampaknya.

Jom Ita kongsikan resepinya ya..

STEAK IKAN DORY

Bahan-bahannya:

3 keping filet ikan dory
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
sedikit garam
3 biji tomato kecil
100 gm brokoli
1/2 biji lobak merah

Caranya:


  1. Sos lada hitam, garam dan sos tiram digau bersama dan disapu pada ikan dory.
  2. Panggang di atas pemanggang ajaib hingga masak.
  3. Lobak merak dan brokoli dicelur sebentar dan tomato kecil di belah dua.
  4. Bila ikan masak angkat dan hidangkan bersama sayur yang dicelur dan tomato cherry.
SELAMAT MENCUBA...

ASSLAMUALAIKUM...


Comments

Popular Posts