BAGUETTE BERKEJU

BREAKFAST MUDAH BUAT ANAK KESAYANGAN..






Assalamualaikum dan selamat pagi. salam sejahtera buat teman-teman kesayangan Ita. Alhamdulillah dengan rezeki Allah hari ini dapat lagi kita menikmati rezekinya dengan penuh kesyukuran. Jangan lah kita merintih dengan setiap rezeki Allah buat kita. Walaupun apa yang kita dapat kadang kala tidak seperti yang kita inginkan.

Sambutlah dengan penuh kesyukuran dan sentiasa insaf, ada yang lebih malang dari kita. Tidak dapat makan dan tempat tinggal yang tidak selesa seperti kita. Kita masih mampu membuat amal ibadah dengan tenang tanpa gangguan. Alhamdulillah.

Pagi ini Ita nak share menu ringkas-ringkas yang anak Ita sangat suka menikmatinya. Anak- anak Ita memang sukakan roti. Apa jenis roti mereka hentam aje.. hatta, roti kosong pun mereka menyukainya. Ita pulak, kalau anak-anak dah menyukainya .., makin laju lah nak membuatnya. Semangat tau..


Roti baguatte ni berasal dari perancis. Kadang tu lebih dikenali dengan nama roti perancis. Roti baguette ni sangat terkenal di Perancis. Sekali pandang macam roti tongkat zaman 70-an. Bagi generasi lama macam Ita tentu ingat kan.. roti tongkat. Cuma bezanya roti tongkat keras dan dicicah dengan kopi panas, baru enak dimakan..hehehe..mengamit kenangan betul..

Bentuknya lebih gemuk dari roti tongkat dan panjangnya boleh mencecah 20 inci, malah adakalanya mencecah 1 meter.., hahahaha besar!!.  Sebab tu ia terkenal dengan keunikan ukurannya. Nampak macam kasar tapi dalamnya lebih lembut. Mengikut wikipedia, istilah baguette pertama kali dilahirkan pada tahun 1920. Sebelumnya istilah ini selalunya dirujuk sebagai tongkat, sebabnya roti itu berbentuk seperti tongkat. Pada masa itu simbol baguette dipakai sebagai ikon kebudayaan negara Perancis yang berdampingan dengan Menara Eiffel, Roti Croissant dan lain-lain.

Jom Ita kongsikan resepinya ya.. mana tahu boleh kawan-kawan cuba untuk hidangan anak-anak nanti ya.. Tapi kali ini Ita tidak menunjukkan cara-cara membuat baguette tapi Ita tunjukkan cara membuat baguette berkeju. nanti jika berkesempatan, Ita akan cuba tunjukkan cara membuat roti baguette.



BAGUETTE BERKEJU

1 batang roti baguette
100 gm keju cheddar-diparut
1 biji cili merah-cincang
2 sudu besar mentega
mayonis secukupnya

Bahan inti :

2 sudu besar minyak masak
200 gm daging kisar
1/2 biji bawang besar-cincang
2 biji bawang putih-cincang halus
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil oregano

Cara membuat inti:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
  3. Masukkan oregano, garam dan serbuk lada putih.
  4. Kacau rata.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Roti baguette di potong serong, setebal 1 inci.
  7. Sapukan mentega dan panaskan diatas kuali leper sekejap.
  8. Ambil inti dan letakkan diatas roti tadi dan tabur dengan keju  parut dan sedikit cili merah yang telah dicincang.
  9. Jangan lupa, letakkan mayonis di atasnya.
  10. Nikmati ketika masih panas adalah sangat sedap.
Okey, dah siap. Cepat kan? Jika tak mahu membuatnya, roti baguette memang ada terdapat dikedai-kedai roti. Macam Ita di Kota Bharu, roti baguette ada jer dekat TESCO atau kedai roti di Pengkalan Chepa. Jadi kalau nak cepat tak payah ambil masa yang panjang nak menyediakan roti baguette untuk anak-anak, namun adakalanya Ita lebih suka membuat sendiri roti baguette ni untuk hidangan keluarga.

SELAMAT MENCUBA

ASSALAMUALAIKUM..

Sumber: http://jusrid.blogspot.my/2015/09/sejarah-unik-roti-baguette-perancis.html

Comments

Popular Posts