BROWNIES PANDAN

BROWNIES FAVOURITE ANAK-ANAK..



ASSALAMULAIKUM.. Apa khabar dan selamat malam buat semua..


Ita masih dalam mood kek 2-3 hari ni.. Oleh kerana semalam buat kek, sekejap jer habis tak sempat nak ulang makan balik dah habis. So.., nampak nya laris sangat kek coklat chips Ita semalam. Maka hari ini dengan gigihnya Ita cuba membuat kek lagi..hehehehe..

emm.. memang tinggi permintaan kek dalam rumah Ita. Anak-anak terutamanya memang suka sangat dengan kek. Nak-nak kalau kek mentega. Tapi kalau kek coklat anak kedua Ita, Avien tak menyukai sangat. Jadi untuk selamatkan semua selera orang, Ita mengambil keputusan untuk membuat brownies pandan.

Alhamdulillah.. anak-anak suka. Siap jer keluar dari oven tadi dah nak habis dah.. sempat lah hubby balik sekejap lagi untuk rasa sekeping dua..hehehe.. lagi pun hubby tak gemar sangat kek. Hubby Ita lebih sukakan kuih muih lama. Teringat Ita masa shooting buku kuih muih minggu lepas. Hurmm .. ramai rupanya peminat kuih muih lama. Kan main lagi kawan-kawan dan adik-adik yang pm Ita tanya harga buku tu.. sabar ye dik.. lambat lagi.. proses editing dan mengupdate resepi mengambil masa jugak. nanti bila keluar Ita akan update kan ya..

Brownies ni menjadi kesukaan anak-anak sebab dia mempunyai dua rasa. Rasa pandan dan rasa coklat yang mewah. Jom Ita kongsikan resepinya ya..

BROWNIES PANDAN

Bahan Kek:

250 gm tepung naik sendiri
200 gm gula halus
250 gm mentega
4 biji telur
120 ml susu cair
1 sudu besar pes pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau

Bahan Brownies:

120 gm mentega
2 biji telur
120 gm gula halus
180 gm coklat masakan
100 gm tepung naik sendiri

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven dan sediakan loyang berukuran 7" X 7". Alas loyang dengan kertas minyak dan sapukan mentega.
  2. Membuat brownies: Cairkan coklat bersama mentega.
  3. Bila cair, masukkan gula dan kacau hingga berkrim.
  4. Angkat dan kacau-kacau.
  5. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau rata. Tak perlu guna whisk atau pemutar.
  6. Masukkan telur ke dalam adunan coklat dan kacau rata.
  7. Masukkan gandum dan kacau sebati.
  8. Curahkan ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit.
  9. Sementara itu. jom kita buat kek untuk bahagian atas:
  10. Putar gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu demi satu dan putar hingga kembang.
  11. Masukkan pes pandan dan pewarna.
  12. Masukkan gandum dan susu cair secara selang seli.
  13. Kacau rata dan curahkan ke atas brownies yang sudah masak tadi.
  14. Bakar lagi selama 50-60 minit atau sehingga masak dengan suhu 160C.
Selamat mencuba ya adik-adik dan kawan-kawan ya..

ASSALAMUALAIKUM..



Comments

Popular Posts