BUKU RESEPI KUIH MUIH
NANTIKAN BUKU RESEPI TERBARU ITA .. KUIH MUIH
ASSALAMUALAIKUMM..
ASSALAMUALAIKUM... selamat pagi kepada teman-teman yang sudi berkunjung ke dapur maya Ita kali ini. Agak lama, Ita tak sempat nak mengupdatekan sebarang entri sebagai perkongsian rutin Ita dengan anda semua. Bukan malas, bukan tak mood, bukan jugak tak mahu berkongsi ilmu.. tapi lebih kepada kenkangan masa yang sedikit padat. Ita sedang menyiapkan beberapa buku terbaru Ita untuk perkongsian dengan anda semua. kali ini rasa nya, lebih retro sedikit.
Ya.. Ita sedang menyiapkan buku resepi kuih muih kukus. any..kuih yang berkukus. so, rasanya tentu mengujakan. makanan yang sihat dan tidak terlalu mengenyangkan sangat tapi sedap. walaupun kuih ini adalah kuih lama, namun ia masih menjadi kegemaran generasi Y. Tak sangka ya.. bila Ita pos kat FB .. ramai yang menyukainya. Pada Ita kuih kuih lama banyak keitimewaannya. Tak menggunakan banyak bahan dan bahan-bahannya senang didapati disekitar kita.
Mengambil masa yang agak pendek untuk menyediakannya, menjadikan insan-insan yang sibuk mampu membuatnya.
Part shooting dah siap, cuma Ita nak mengulangi sekali agi membuatnya untuk memastikan kuih kuih ini nanti menjadi dan sedap dimakan. Selepas itu Ita akan serahkan manuscript kepada editor untuk disunting dan di grafikkan dia cantik-cantik, then.. siap nanti Ita akan uar-uarkan..hehehe.. nantikannya ya. berikut adalah antara kuih-kuih yang telah buat sepanjang "shooting day" tempohari..
Actually.., memasak memang menyeronokkan.. tak percaya?? Baik cuba dulu.. lama-lama kecintaan itu akan datang sendiri. Sebab di dapur kita bebas berseni mengikut rentak dan selera kita.. percaya atau tak.. perlu lah anda mencuba dahulu..then, anda akan dapat menikmati kepuasaannya.. percaya lah.. hehehe..
Alhamdulillah, Ita dengan 7 bersaudara..semuanya suka ke dapur.. Tak kira yang perempuan atau yang lelaki. Now.., adik lelaki Ita juga suka ke dapur walaupun dia masih bujang. Tinggal di luar negara dalam tempuh masa yang agak lama menjadikan dia sudah terbiasa memasak untuk dia dan kawan-kawan samada western food atau masakan kampung. Sebab itu, Ita katakan..memasak ini adalah menyeronokkan.
oo..terlebih panjang pulak penglipurlara Ita pagi ini ya.. okey hingga jumpa lagi.. Jangan lupa Nantikan buku kuih muih kukus dari Ita nanti ya..
ASSALAMUALAIKUMM..
Comments
Post a Comment