GULAI TELUR IKAN

LAMA SUNGGUH TAK MAKAN TELUR IKAN..




Assalamualaikum dan selamat pagi buat pengunjung dapur maya Ita pagi ini. Alhamdulillah.. bertemu kembali di hari yang penuh ketenangan dan pagi yang tenang ini. 

Berjutaan syukur Ita pada Ilahi kerana sentiasa dilimpahi rezeki dari Allah, dapat memasak untuk keluarga tersayang. Tiada yang lebih indah selain dapat membahagiakan keluarga dan menjadi hamba Nya yang taat. Ita cuba memperbaiki diri menjadi hamba Nya, walaupun kadangkala tersasar langkah juga. Kerana itu, haruslah kita sentiasa solat taubat untuk kita membersihkan diri dan berdoa agar dijauhkan dari sesuatu yang menjauhkan kita dari pahala. Sentiasa membersihkan hati agar setiap apa yang kita lakukan adalah yang baik-baik sahaja.

Dalam usia yang semakin senja, Ita berharap sangat.., tidak mahu mengumpul dosa lagi. Namun kita manusia biasa.., bukan maksum.. adakala nya tanpa kita sedari tersasar juga dari landasan walaupun cuma niat di hati. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa dilindungi Nya.

Apa yang Ita nak kongsikan pagi ni ya.. ermm.. nak tahu? 

Pada pagi dua hari lepas, Ita ke pasar borong di RTC Tunjong, Kota Bharu.. ternampaklah telur ikan. Tetiba rasa nak makan telur ikan. Sebenarnya sudah lama tak makan tekur ikan ni.. Biasanya Ita makan di satu kedai makan di depan bank tempat Ita bekerja. Mak Cik tu selalu goreng telur ikan. Jadi bila dah cuti panjang kat rumah macam ni.. teringat pulak nak makan telur ikan.

Telur ikan mudah terdapat di RTC. Dengan harga RM7 sekilo cukuplah untuk Ita sekeluarga menikmatinya. Alhamdulillah.., anak-anak pun suka makan telur ikan. Biasanya telur ikan,  Ita akan gulai atau goreng biasa aje. Boleh juga dibuat paprik telur ikan. Sedap..

Gulai ikan ni. , Ita masak untuk makan malam tadi tapi Ita tak sempat nak update malam tadi. Maklumlah..malam tadikan..extra vaganza dah habis lewat dah..hehehehe.. Ita suka extra vaganza...



Jom Ita kongsikan resepinya.

GULAI TELUR IKAN

Bahan-bahannya:

1 kilo telur ikan-cuci dan potong
1 keping asam gelugor
1/2 sudu besar garam kasar
1/2 kiub pati ayam
1 ikat kacang panjang-potong
1 cawan santan pekat
1 liter air
1 sudu besar gula

Bahan kisar:

1 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 biji bawang merah
3 biji cili merah
2 biji cili padi

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan asam keping, kiub  pati ayam, garam, gula dan telur ikan.
  3. Bila mendidih masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
  4. Bila mendidih, masukkan kacang panjang.
  5. Sesuaikan rasa.
  6. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.
Boleh lah adik-adik dan kawan-kawan mencuba ya.. untuk hidangan tengahari nanti.  

Okey hingga disini dahulu ya, semuga ada masa insyaallah..bersembang kembali kita..

ASSALAMUALAIKUM..




Comments