IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

KERANA STOK TEMPOYAK YANG BANYAK KAT PETI AIS..


Assalamualaikum dan selamat petang.. apa khabar semua.. semuga semuanya dalam lindungan Allah snt. Ita di sini alhamdulillah.. semuanya baik-baik sahaja. Tentang sakit Ita tu.. biasa lah.. macam tu jugak, tak ada perubahan, namun.., kesyukuran juga tetap dalam ingatan Ita kerana Ita merasakan orang lain pun ada yang lebih teruk dari Ita. 

Ita bersyukur, masih mampu punyai ingatan yang baik, dapat lagi menyediakan hidangan untuk suami dan anak-anak. Sudah memadai bagi Ita. Ada rezeki yang sentiasa mencukupi menjadikan hidup kami lengkap dan sempurna. Itu yang Ita ingat, setiap kali memikirkan sakit Ita.

Nak tahu Ita nak share resepi apa hari ini? Hurmm.. Ikan patin masak tempoyak. Gara-gara melihat tempoyak yang banyak dalam peti ais. Tak tahu macam mana nak reduce kan nya. hehehe.. ada sapa-sapa nak tak? Banyak tau!! Setiap minggu ke kebun ayah, menjadikan banyak lebihan durian. Terpaksa dijadikan tempoyak. Ita tak sempat nak buat dodol durian. Masa musim durian tempohari..kebetulan Ita ada assigment yang nak kena siapkan. Jadi masa tu padat ajer..

Okey.. jom Ita kongsikan resepinya ya.

IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK

1 ekor ikan patin -potong 3@4
1/2 cawan tempoyak
1 sudu kecil garam
1 helai daun kunyit
1/2 sudu besar gula
1 keping asam gelugor
sedikit asam jawa

bahan kisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (Boleh lebihkan jika nak pedas)
1 inci kunyit
1/2 helai daun kunyit
1 liter air


Cara-caranya:
  1. Ikan dicuci dengan air asam jawa sekejap.
  2. Masukkan bahan kisar kedalam periuk.
  3. Masukkan daun kunyit, tempoyak, asam keping, garam dan gula.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan patin.
  5. Biar merenih.
  6. Sesuaikan rasa.
Sesetengah orang, mahukan rasa pedas menyengat tau.. tapi Ita kat rumah.. tak ada yang suka pedas-pedas sangat. Selalunya kalau guna resepi yang Ita temui, Ita pasti akan kurang kan cilinya. Suami dan anak-anak tak tahan pedas. Hanya Ita yang suka pedas-pedas. Selalu juga di beri warning oleh suami kerana Ita ada gastrik.

Okey sampai disini sahaja dulu ya.. semuga jumpa lagi.

ASSALAMUALAIKUM

Comments

Popular Posts