KEK GULA HANGUS

KEK GULA HANGUS KESUKAAN ITA...




Assalamualaikum.. selamat petang..

Semuga semua nya dalam keadaan yang baik-baik belaka ya.. 


Dalam banyak-banyak kek.. kek gula hangus yang paling Ita suka. Start buat kek ni masa mula-mula kahwin dulu.. Masa tu.. beli buku resepi kek, first buat tak jadi.. second tu.. boleh diterima tekak..hehehe.. but.., hubby tetap makan walaupun Ita rasa masih tak sedap. Tak tahu pulak reason hubby boleh makan kek tu.. samada dia takut membazir ataupun nak jaga hati bini dia.., hehehe.. and now.., atitude dia tetap macam tu jugak.. dia yang Ita kenali, tak suka membazir.. dan tak pernah nak komen buruk tentang masakan Ita. Kadang tu.. Ita fikir dua tiga kali.. dia ni betul betul puji aku ke atau perli aku..hehehehe.. OK, lupakan sekejap..itu cerita 23 tahun yang lalu.. dah jadi sejarah pun..

Petang semalam.. oleh kerana kempunan sangat Ita pun buatlah.. sebab nak memenuhi selera Ita nan satu ini. Tak sangka pulak.. bila dah siap tu., ramai pulak pengemarnya. Bukan tak pernah buat sebelum ni.. tapi lama tak buat. Tu yang jadi anak-anak dan suami pun macam kempunan jugak.. hihihi..  Last sekali buat rasanya 5 bulan lepas.. pastu bila nak makan, Ita beli jer kat pasar.., tapi...aaa ada tapinya tau.. Ita rasa tak kena dengan taste Ita.. Tu yang memaksa Ita untuk membuat sendiri tu..hehehehe.. nak lebih manis, nak lebih lemak sikit.. ya lah kan.. kalau nak jual tak kan nak guna mentega, mesti mereka guna marjerin biasa aje.. Kita yang nak makan sedap ni kena buat sendiri, then guna bahan-bahan yang sedap, maka sedaplah jadinya.


Tapi bila nak memerapnya yang memakan masa sampai 4-5 jam tu yang lotih den.. kalau lorat-lorat.. tentu tak boleh nak membuatnya. Tapi sekarang kan Ita dah banyak masa kat rumah.. boleh lah buat awal pagi,  dan petang dah boleh bakar, sedang-sedang elok anak-anak balik kelas petang dan hubby balik dari kerja.. terus boleh hidang untuk minum petang.

Sebenarnya nak membuat kek ni kena banyak sabar dan rajin. Ya lah..kalau cuba pertama kali tak menjadi.., jangan lah cepat berputus asa. Juga.., selalu lah mencuba banyak resepi. Kalau dah jumpa yang sesuai dengan selera kita tu..aa..simpan resepi tu elok-elok, then .. boleh guna untuk buat lain kali. Ataupun kalau tak sedap, alter sedikit ikut citarasa.. jangan bendul sangat dengan resepi-resepi yang kita jumpai..  lagi satu, bila buat tak jadi tu..jangan lah kata resepi tipu ke apa.. baca betul betul arahannya, kalau ada bahan-bahan yang tertinggal ke.. apa yang penting mencuba dan terus mencuba tanpa jemu.. insyaallah.. kejayaan lah akhirnya..

Jom kak Ita kongsikan resepinya ya..mudah-mudahan kena dengan selera adik-adik..



KEK GULA HANGUS

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan gandum
3 sudu kecil baking soda
4 biji telur
3/4 cawan susu pekat manis
130 gm mentega

Cara-caranya:


  1. Alas acuan dengan kertas minyak dan sapu mentega. Ketepikan.
  2. Panaskan gula hingga hancur dan perang. Guna api perlahan. Bila gula hancur dan berwarna perang, masukkan air panas perlahan-lahan. Hati-hati sebab ia akan sedikit meletup-letup kecil.
  3. Bila ia mendidih rata, kacau dan tutup api. Biar ia betul-betul sejuk.
  4. sementara itu cairkan mentega dan sejukkan.
  5. Sementara menunggu mentega dan sirap gula hangus sejuk, ayak gandum dengan serbuk soda.
  6. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau rata sahaja.
  7. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
  8. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau rata seperti krim.
  9. Masukkan gandum dan kacau rata. 
  10. Tapiskan jika ada adunan tidak rata.
  11. Akhir sekali masukkan gula hangus dan kacau rata.
  12. Curahkan ke dalam acuan dan biarkan selama 4-5 jam sebelum dibakar.
  13. Bakar selama 50 minit dengan suhu 170C.
  14. Bila masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan di atas redai.
nak bagi nampak lubang-lubang kek tu banyak kena perap lama sikit. Kalau tak perap lama, lubang-lubang kek tu tak banyak lah..

Okey selamat mencuba ya..

ASSALAMUALAIKUM...


Comments

Popular Posts