KUIH AYU

SEDAP SANGAT KUIH NI...


Assalamualaikum... sayang-sayang semua.. lama ya.. Ita tak ke udara. kenapa? sakit ke? malas ke..? tak-tak.... bukan malas atau sakit tak terbangun ya... saje ..jer... hihihhi..

Ita sibuk sikit sehari dua ni.. nak siapkan tugasan. tambah pulak line internet yang tak berapa nak mesra pelanggan.. jadi Ita abaikan buat seketika..hihihihi..

dan bila lama tak berblog tu.. mula lah rasa pelik.. rasa macam tak lengkap jer.. macam.. makan tak minum air jer..

dan..akhirnya.. rasa itu menjadikan Ita cepat-cepat beralih ke komputer kesayangan Ita ni.. baru lah rasa terisi sikit ruang hati yang kekosongan dan kepelikan ini..

apa yang Ita nak kongsikan hari ini ya..

Pagi ini Ita buat kuih ayu, masa shooting tempuhari.., Ita ada buat kuih ni..tapi tak puas nak makan..bila balik ke Kota Bharu teringat-ingat pulak.. apalagi.. kena buat lah, kerana nak memenuhi selera nan satu ini..

Jom lah Ita sharekan resepinya ya..

Mula-mula sekali benda wajib kena ada telur dan gandum serta kelapa parut yang muda dan kukur yang warna putihnya sahaja. Kalau tak nak bagi cepat basi kelapa tu.. kena kukus sekejap dalam 5 minit gitu..tapi pastikan dalam wap yang panaslah ya..

okey jom kita tengok resepinya.


KUIH AYU

220 gm gandum
2 biji telur
1 sudu besar ovellete
200 ml santan kotak (ita guna brand KARA)
220 gm gula halus
2 sudu besar tepung jagung
pewarna hijau 
1 sudu besar pes pandan (tak pun..boleh kisar daun pandan)
1 cawan kelapa parut}
1/2 sudu kecil garam} gaul bersama ya, bg dia mesra sikit..

Cara-caranya:


  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  2. Putar gula bersama ovelete hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan putar lagi.
  4. Masukkan pandan pes dan pewarna hijau. putar lagi.
  5. Gaul gandum bersama tepung jagung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan diselang selikan dengan santan. kacau rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak dan masukkan kelapa di dasar acuan dan tekan padat.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama 5 minit.
Okey dah siap..senang aje kan.

Boleh cuba sekarang.. sedap jika dinikmati ketika suam-suam. Sekarang Ita dah mulai suka akan kuih-kuih lama. Agaknya faktor usia yang semakin tua kot..hehehe..

ASSALAMUALAIKUM..








Comments