Monday, 26 October 2015

LALA ABALON BERSERAI

LALA UNTUK ADAM..






Assalamualaikum dan selamat tengahari.. apa khabar.?? dah lunch..?? jom Ita belanja..hehehe.. Ita masak simple jer hari ini. Hanya Adam yang baru pulang dari sekolah dan kakak yang setia menemani Ita sepanjang masa. Kami bertiga jer nampaknya yang lunch hari ni... macam biasa.. ermm.. nasib baik si kakak ada.. kalau tak.. sunyi lah rumah Ita.

Mencari makanan kegemaran Adam tak lah sesukar mana. Seperti yang kita selalu tahu.., kanak-kanak memang susah nak makan sayur, Ita kena selalu guna sedikit akal, kena psycho sikit dia..

Kalau dah dia tak nak, susah jugak nak memaksa. Dia langsung tak ikut mak nya yang sangat sukakan sayur. Kebiasaannya Ita akan cincang bayam dan letak dalam telur goreng, secara tak langsung dia kan makan telur goreng kegemarannya. 

Hari ini, Ita sediakan lala abalon berserai untuk Adam. Adam sangat sukakan lala. Buat style macam mana pun cara masaknya, dia tak kesah sangat. Asalkan rupa bentuk lala tu tak berubah, makanya..makan lah dia. hehehe..

Jon Ita kongsikan resepinya ya..


LALA ABALON BERSERAI

Bahan-bahannya:

1 kilogram lala - cuci dan toskan
2 batang serai - di ketuk
3 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
3 biji cili padi - hiris
2 sudu besar sos abalon
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil garam
1/3 kiub pati ayam
2 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  2. Masukkan cili padi. Kacau.
  3. Masukkan garam, sos abalon dan kicap serta kiub pati ayam.
  4. Kacau rata.
  5. Masukkan serai.
  6. Masukkan lala dan kacau rata.
  7. Tutup kuali dan perlahankan api.
  8. Anggaran 4 minit atau lala sudah terbuka dan nampak isinya. Tutup api.
  9. Jangan masak terlalu lama kerana lala akan kecut.
Okey .. itu sahaja perkongsian Ita untuk kali ini.

Selamat Mencuba..

ASSALAMUALAIKUM...