PANTAI BUKIT KLUANG

PENGISIAN HUJUNG MINGGU KAMI..


 Perjalanan tanpa perancangan..


Seusai solat subuh pagi ini.. Ita memberitahu suami Ita. Lama betul kita tidak bercuti. Kesian kat anak-anak..  Memang! Lama sangat rasanya tak bercuti.. terasa agak pelik dengan kehidupan kami yang semakin sibuk dari sehari ke sehari. Suami yang semakin sibuk dengan tugasnya dan keadaan kesihatan Ita yang tidak menentu menjadikan plan percutian kami selalunya tergendala. 

Pasti kami bercadang nak breakfast kat luar sahaja hari ini. Sebagai agenda jalan-jalan cari makan kami di sekitar Kota Bharu sahaja. Tapi.. tiba-tiba kami mendapat idea untuk bersarapan di pantai sahaja. Hurmm.. apalagi.. terus teringatkan pantai bukit kluang yang terletak di Besut, Terengganu. 

Pantainya memang cantik, lama Ita tak ke sini. Rupanya meriah jugak kat sini. Dulu, masa kecil-kecil ayah dan ma selalu bawa kami ke sini. Masa tu.. pantai ni memang cantik giler aah..

Tapi setelah sekian lama.. ianya masih menjadi tumpuan orang ramai lagi. Ita pulak tak sempat nak mengambil gambar banyak kerana asyik sangat dengan panorama yang menarik. Hubby, anak-anak Ita dan dua adik lelaki Ita bercadang untuk ke pulau berhadapan dengan pantai ini iaitu Pulau Rhu.

Pulau Rhu yang berhadapan dengan pantai tidak mempunyai penduduk tetapi mempunyai tarikan yang tersendiri.  Keadaan Ita yang tidak mengizinkan untuk ke sana, menjadikan Ita menunggu sahaja dan ditemani anak perempuan sulung Ita. Yang ke sana cumalah dua adik lelaki Ita, anak perempuan Ita yang kedua, anak bongsu Ita, Adam dan suami Ita. Sangat mengujakan melihat mereka menaiki banana yang ditarik oleh bot menuju ke pulau tersebut. Beberapa keping gambar sempat dirakamkan. Sesampai mereka di pulau Rhu, mereka sempat mandi manda. Pulau tersebut separuhnya mempunyai pantai dan separuhnya pula tidak mempunyai pantai langsung. Terdapat gua kecil yang boleh dimasuki.

Betapa jealous nya Ita mendengar mereka bercerita setelah mereka kembali ke pantai tempat Ita tinggal. Ya Allah...seronoknya..

Berikut beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan..





Kelihatan Adam, si bongsu Ita, seronok menaiki 'banana'. Ini lah pengalaman pertamanya berada di tengah lautan. Dihadapan sekali tu, adik bongsu Ita dan dibelakangnya, si abangnya. Manakala yang keempat dari hadapan tu, Avien.., anak kedua Ita dan dibelakangnya suami kesayangan Ita..





Terdapat jalan untuk melihat saujana lautan yang terbentang indah dihadapan. Gambar ini Ita petik dari google kerana Ita lupa nak mengambil gambar sekitarnya. Seronok sangat, sehingga terlupa..hehehe..



Bagi yang mahu berkunjung ke sana boleh tinggal di resort yang berhampiran iaitu Bukit Kluang Beach Resort. Tempatnya cantik dan menarik. Ita pernah 3 kali ke Bukit Kluang Beach Resort tu, memang seronok tinggal di situ. Kalau rajin cuma jalan kaki sahaja ke pantai Bukit Kluang ni..

Okey.. sekadar di sini dulu ya..

Bye..

Assalamualaikum..







Comments

Popular Posts