PAVLOVA

LAMA TAK MAKAN PAVLOVA..



Asslamualaikum.. selamat pagi semua.. dah breakfast ke belum ni..

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat dengan rezeki Allah yang sentiasa tak putus-putus.. nikmat yang tak ternilai buat kita kan..

pagi ni Ita just nak share resepi pavlova yang lama Ita dan keluarga tak makan. Tengok ada banyak sangat lebihan telur putih.. dari dibuang begitu sahaja.., elok lah Ita buatkan pavlova.

Ita menyuruh anak Ita ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah Ita untuk mendapatkan buah-buahan seperti anggur, strawberry, blueberry dan kiwi. Memang gandingan 4 jenis buah tu..cukup untuk membuat kita menelan air liur.. menahan rasa menunggu untuk menikmati pavlova.. membayangan keindahan bentuk kejadiannya menambahkan lagi rasa... ooohhh.. memang marvelous..

Ita kurangkan sedikit gula icing nya supaya tidak terlalu manis. kalau ikutkan .. pavlova ni memang sangat manis. rasanya seperti kita memakan gula-gula kapas..

Jom Ita kongsikan resepinya ya.. pernah dulu.. Ita dah kongsikan tapi Ita sertakan sekali lagi untuk memudahkan kepada yang mahu membuatnya tanpa mencari resepi lama Ita ya.. resepi hari ni.. resepi campak-campak jer ye.. mungkin sedikit berbeza seperti yang Ita poskan sebelum ni..


PAVLOVA

Bahan-bahannya:

7 biji putih telur
1 1/2 cawan gula aising
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan whipping cream
10 biji  buah strawberry
2 biji buah kiwi
1 tangkai anggur
1/2 cawan buah blueberry

cara-caranya:

  1. Panaskan oven 170C.
  2. Sediak dulang dan alas kertas minyak yang telah Ita lukiskan bentuk bulat saiz yang Ita mahukan. kali ini Ita ikut acuan cawan.
  3. Putar putih telur dan masukkan gula hakus dan putar lagi hingga kembang dan bertanduk.
  4. Masukkan esen vanila. kacau.
  5. Masukkan cuka dan kalau satu arah jer ya.
  6. Kemuadian masukkan tepung yang diayak terlebih dahulu.
  7. Masukkan ke dalam piping beg dan picitkan diatas kertas minyak yang telah lukiskan tadi.
  8. bakar selama 1 jam 15 minit atau hingga keras.
  9. Warnanya akan jadi sedikit perang.
  10. Potong buah-buahan.
  11. Dalam mangkuk lain, putar whipping cream hingga kembang.
  12. Masukkan ke dalam piping beg dan picitkan keatas pavlova.
  13. Letakkan hirisan buah-buahan mengikut kegemaran anda.
SELAMAT MENCUBA..

ASSALAMUALAIKUM..


Comments