Thursday, 29 October 2015

PERIA KATAK BERUDANG

PAHIT PAHIT SI PERIA KATAK..



Assalamualaikum.. apa khabar ya..

Nak ceritalah, Ita dulu memang tak suka makan peria.. Padahal nenek Ita suka jer tanam pokok peria ni.. tepi rumah. Nenek memang suka berkebun. Tapi entah kenapa tekak Ita ni terasa tak boleh jer cuba nak telan sayur peria. Namanya bukan main cantik lagi peria.. terang-terang memang bujang kan? Tak de siapa yang punya tapi.. rasa nya aduhs! pahit. Pernah cuba beberapa kali, Ita mencuba makan peria ni.. ketika itu lah.. hehehe..tapi selera Ita memang tak kena langsung. 

Hingga lah Ita berkahwin dan hubby yang sangat sukakan peria ni. nak-nak kalau digoreng bersama udang. Kita .. yang memasak ni.. kena lah adakan..kan? Hurmm.. tapi setelah umur sudah berepisod-episod ni.. boleh jer pulak menyukainya..hehehehe.. tu lah kan.. tak boleh nak kata orang lah.. nanti lama-lama terbalik kat kita pulak. Macam yang terjadi pada Ita sekarang ni lah..hehehe...

Okey.. jom kita tengok apa yang Ita dah buat dengan peria katak ni.. 

PERIA KATAK BERUDANG

5 biji peria katak-belah empat buang bijinya
3 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah-hiris
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1/2 kiub pati ikan bilis
3 sudu besar minyak masak
8 ekor udang-cuci dan toskan

caranya:

  1. Peria direndam dengan air garam setengah.
  2. pastu, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  3. Masukkan peria dan kacau rata.
  4. Masukkan garam, gula dan kiub pati ikan bilis.
  5. Akhir sekali masukkan udang dan cili merah.
  6. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
  7. Bila udang dah masak, bolehlah diangkat dan hidang dengan nasi putih dan lauk lain.
Okey..selamat mencuba ya.. ternyata peria memang sedap..cuba lah pada yang tak biasa mencubanya.. tak rugi kalau mencuba..

Okey..bye..

ASLAMUALAIKUM....