Wednesday, 28 October 2015

PUDING BUAH

MARI KITA BERPUDING...



Assalamualaikum.. selamat malam..

Malam ini Ita nak kongsikan resepi kegemaran keluarga Ita dengan anda semua. Resepinya, puding buah. Takde seorang pun anak-anak Ita yang tak menyukai puding ini. Alhamdulillah.., mudah kerja Ita kan.

Hubby juga tak terkecuali.. balik kerja  selalunya dia akan ke peti ais terus.. tengok jer ada puding buah.. tentu lama duduknya di dapur. Kejap jer.. habis.

Hari ini Ita buat lebih sikit.. dua bekas gitu. Kot ada yang nak bertambah ke.. sebab lama tak buat. Biasanya macam tu lah.. kalau lama sikit tak buat, adalah yang kempunan dan bila dah buat tu..bertambah-tambahlah makannya..hehehehe..

Ita suka anak-anak dan suami makan bertambah-tambah.. menandakan mereka jumpa makanan kegemaran atau menepati citarasa mereka.. Makin lajulah kita nak membuatnya.. Bukan apa.. happy tengok anak-anak dan suami berselera dengan masakan kita.

Jom, Ita kongsikan resepinya.. mana tahu ada yang mencuba nanti.. bolehlah rujuk disini ya..



PUDING BUAH

10 gm serbuk agar-agar
500 ml air                       }
500 ml air buah dalam tin} jadian 1 liter
1 tin buah dalam tin
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastad
4 biji kuning telur

Cara-caranya :

  1. panaskan air, gula dan air buah dalam tin hingga gula larut dan mendidih.
  2. Dalam mangkuk, campurkan tepung kastad, kuning telur dan susu cair. Kacau sebati.
  3. Bila agar-agar sudah mendidih, perlahankan api dan curahkan adunan kuning telur tadi dan kacau perlahan-lahan hingga sedikit pekat.
  4. Masukkan buah-buahan dalam tin dan kacau rata.
  5. Masukkan ke adalam acuan kesukaan anda.
  6. Sejukkan. Bila beku, bolehlah di keluarkan dari acuan.
Okey dah siap puding buah kita ya..

SELAMAT MENCUBA..

ASSSLAMUALAIKUM..