ROTI JALA PANDAN

ROTI JALA PANDAN BUAT SUAMI DAN ANAK-ANAK..




Assalamualaikum.. selamat pagi.  Dah breakfast?? Ita dah boleh rehat dah.. sekejap jer.. sekejap lagi boleh start membaca sedikit. Ita suka membaca waktu pagi. Dah terbawa-bawa semasa zaman bergelar pelajar dulu kot. Memang Ita suka membaca waktu pagi, dengan udara pagi yang nyaman.. tenang jer rasa. Baca lah apa saja waktu pagi, mesti seronok. Nak-nak kalau baca quran waktu pagi..memang lepas satu page-satu page..

Lupakan sekejap pasal sessi membaca ya. Mari kita kongsikan menu hidangan Ita pagi ni. Ita bangun macam biasa lah ,  jam 5.30 pagi. Tak lah bangun pagi sangat. Time tu.. kalau tak kunci jam pun memang Ita akan tersedar. Ita suka suasana waktu pagi. Nak-nak kalau duduk pulak didapur, tenang jer suasana pagi.., takde bunyi bising..yang terdengar dek telinga pemberian berharga Allah ini cuma kedengaran cengkerik dan suara katak aja. Tapi tak pulak rasa bising atau serabut seperti waktu tengahari.

Rumah Ita pulak berhampiran dengan sedikit semak samun, tanah lot yang tidak diduduki lagi. Jadi, suasana pagi tu.. ada lah kicauan burung dan unggas. Yang pastinya tidaklah menakutkan Ita pulak..hehehe..

Masa bangun pagi ni takde lah terplan nak buat apa.. Baru nak fikir masakan yang cepat dan disukai anak-anak, suami dan adik lelaki Ita. Adik lelaki Ita pulak tidaklah cerewet dalam memilih makanan.., cumanya.., sebagai seorang doktor dia lebih sukakan makanan yang fresh dan dimasak sendiri.

Fikir punya fikir, Ita terlintas nak buat roti jala. Sebetulnya petang semalam dah buat roti jala dan lebihan kari yang masih banyak menyebabkan Ita terfikir nak buat roti jala pandan. Sedikit kelainan dari petang kelmarin yang mana Ita buat roti jala biasa..

Okey jom..Ita kongsikan resepinya.


Bahan-bahannya:

3 cawan gandum
3 cawan air
3 biji telur 
2/3 cawan minyak
1 sudu besar perisa pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya:

  1. Campur semua bahan ke dalam blender atau pengisar dan kisar sebati.
  2. Panaskan kuali leper. sapu sedikit minyak masak.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam acuan roti jala.
  4. Kirai ke atas kuali leper.
  5. Sekejap sahaja ya.. angkat dan gulung.
  6. Hidang bersama kari kegemaran anda.
Alhamdulillah .. dari suami hingga lah ke anak-anak Ita.. mereka menyukai roti jala. Sesuatu yang senang untuk dihidangkan buat keluarga tersayang. Jadi, tiada alasan tak nak masak..hehehehe...

Assalamualaikum...




Comments

Popular Posts