AIR KURMA SUSU

AIR KURMA SUSU YANG SEDAP..



Assalamualaikum.. apa khabar semua. Harapan Ita semuga semuanya dalam keadaan yang menyenangkan.. dan mengembirakan.. semuga teman-teman dan adik-adik semua senangtiasa dalam rahmat Nya.

Dah nak tengahari ni.. apa kata kita buat minuman sikit. Dah siap kerja rumah ni.. macam santai pulak.. hehehe.. Jom kita minum-minum dulu.. kebetulan ada berbaki kek suji malam tadi.. kita gandingkan dengan minuman kita nanti.

Nak tahu apa jenis minuman yang nak Ita kongsikan tak? Lama jugak Ita tak buat minuman ni.. selalu nya kalau berpuasa Ita akan buat minuman ni. Satu family suka kan minuman ni.. alhamdulillah..

Air kurma susu. Ya.. Ita suka sangat dengan air ni.. Ni lah air pebret Ita yang forever.. hehehe..

Satu gelas, sah-sah tak cukup tau.. so kena buat satu jag ya... Tapi pagi ni Ita , just tunjukkan dengan menggunakan sukatan untuk 2 gelas jer.. tak mahu membazir. Kerana Ita sorang jer yang menikmati air ni di rumah sendirian.. hehehe.. nak buat banyak, kena tunggu esok.. sebab semua orang bercuti hujung minggu.. hari yang paling Ita nantikan sebab satu family berkumpul. Siapa tak suka kan??

Okey, jom Ita tunjukkan caranya:

AIR KURMA SUSU

1 gelas susu segar
10 biji kurma 
2 gelas ais

cara-caranya:

  1. Kurma dibelah dan dibuang bijinya.
  2. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Masukkan susu segar.
  4. Kisar hingga kurma hancur.
  5. Masukkan ais ke dalam gelas.masukkan kurma yang dikisar tadi.
  6. Sedia dinikmati.
wow!! cepatkan??  okey.. teman-teman bolehlah mencubanya kalau stokkurma dan susu segar terdapat di dalam peti ais tu..

okey .. bye.. SELAMAT MENCUBA

ASSALAMUALAIKUM..

Comments