BILA KITA KESEORANGAN...

MASA UNTUK BERFIKIR..



Assalamualaikum...

Pernah tak anda tinggal keseorangan. Maksud Ita.. anda berada keseorangan. Apa yang anda buat masa itu, apa yang anda fikirkan masa tu..

Jujur Ita nak sharekan apa yang Ita rasakan bila berada keseorangan. Hidup Ita semenjak kecil dikelilingi dengan keluarga yang besar dan meriah. Adik beradik 7 orang campur pulak mak ayah menjadikan sembilan orang ahli rumah. Memang cukup meriah ketika itu. Suasana tak pernah nak sunyi. Tapi tak lah sampai tak boleh nak tidur kerana adik beradik Ita dari no satu hingga no lima adalah perempuan. Adik lelaki yang ke enam dan yang ke tujuh.  Alhamdulillah.., mungkin disebabkan terikut dengan akhlak kakak-kakak, dua adik lelaki Ita ni.. tak ganas sangat dan pandai memasak. hehehee..

Bila berkahwin dan meninggalkan rumah keluarga, Ita mengikuti suami berhijrah ke beberapa daerah di luar Kelantan. Memiliki anak seawal usia 22 tahun menjadikan Ita tak pernah sunyi walaupun berada jauh dari keluarga. Memang lah terasa sangat rindu pada keluarga besar kami. Tapi tanggung seorang isteri memaksa Ita abaikan soal rasa rindu terhadap keluarga. 

Hidup Ita diserikan dengan tiga cahaya mata, dua perempuan dan seorang lelaki. Satu dilahirkan di Besut Terengganu, satu dilahirkan di Kuantan, Pahang dan bila Ita kembali ke negeri sendiri, Kelantan.. alhamdulillah Ita dikurniakan lagi anak lelaki yang dilahirkan di Kelantan. Alhamdulillah. Maka lengkaplah anak-anak Pantai Timur Ita.

Membesar ketiga- tiga mereka taklah terlalu banyak cabarannya. Mereka tiada masalah yang besar untuk dibesarkan. Cuma mungkin terkurang sedikit kasih sayang akibat kesibukan kami dengan tugas. Namun Ita bersyukur mereka bijak menyesuaikan diri bila berada di rumah pengasuh.

Dan kini.. hampir 23 tahun Ita telah menjadi wanita berstatus isteri. Alhamdulillah.. anak-anak sudah dewasa. Paling bongsu Adam, sudah berusia 10 tahun. Ita sudah mula merasai kesunyian bila berda di rumah keseorangan.

Banyak benda yang Ita terfikir bila berada keseorangan begini. Terasa banyak perkara yang Ita terlepas pandang selama ini. Kurang amalan dan kurang berjimat dalam perbelanjaan  seharian. Terasa sedikit rugi bila tidak sedari awal mengumpul amalan. Kalau lah rasa ini Ita telah tanam 10-15 tahun yang lalu, tentu rasa bersalah ini sedikit sebanyak akan berkurang. Ita akui.. seawal jam 7 pagi Ita telah keluar rumah untuk bekerja dan pulang lewat malam menjadikan Ita sedikit tertinggal amalan sunat. Ita hanya buat yang wajib sahaja. Terasa rugi sangat di rasakan.

Bila usia mencecah senja seperti sekarang, baru Ita sedar yang Ita perlukan amalan-amalan yang banyak untuk dibawa ke sana nanti. Disana tempat yang kekal dan abadi.. Di situ lah, tempat yang patut kita bawa sebanyak-banyak amalan kita. Ya Allah,.. sedih bila memikirkannya.

Dan ..bila Ita berada di rumah, seperti hari ini.. keseorangan.. Ita selalu dihantui oleh sesuatu yang tak sempat Ita buat dahulu. 

Ita berharap, Ita akan diberi kesihatan yang baik untuk Ita melipatgandakan amalan Ita mulai sekarang. Semuga Ita mampu buat sebanyak mungkin walaupun Ita tahu.., Ita mungkin tak dapat cover semua dengan jumlah masa yang panjang pada masa lalu. Sekurang-kurangnya Ita tak pernah lupa setiap saat sekarang yang Ita harus sentiasa meletakkan Nya dalam minda ita sentiasa.

Rasa ini, sentiasa Ita sematkan pada anak-anak Ita.., supaya buatlah amalan sunat sedari awal..insyaallah..hidup mereka akan tenang sepanjang hayat dan bekalan yang dibawa nanti cukup banyak. Ita jadikan apa yang berlaku pada Ita sebagai pedoman untuk anak-anak Ita.

Alhamdulillah... bila kita keseorangan sebenarnya Allah nak bagi kita berfikir dan bermuhasabahkan diri..

Terima kasih Allah..

Comments

Popular Posts