BILA SUAMI BAWA BEKAL KE PEJABAT

SIBUKNYA DIA...



Assalamualaikum... selamat pagi. Alhamdulillah bila kita masih mampu lagi diberi nafas dan menikmati setiap kurniaan Nya dengan sempurna sekali.

Sudah breakfast ke? Hmm.. tentunya sudah breakfast kan.. nanti kalau belum lagi tentu akan menganggu tugas seharian kita. Banyak lagi tugasan yang harus diselesaikan.. betul tak? Tak kira samada yang berkerjaya atau tidak. Surirumah pun..sibuk dengan tugas suri rumahnya. Pelajar pun sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar.. jadi memang kena breakfast lah di waktu pagi agar kita dapat meneruskan tugasan kita dengan sempurna..

Bila suami Ita request untuk membawa bekal, Ita terfikir 2-3 kali. Tentu sibuk dia di pejabat, sehingga tak sempat untuk keluar makan di kantin pejabat nya. Ita pulak sudah dimaklumkan beberapa kali olehnya, katanya tugasnya semakin bertambah, tak terkejar walaupun setiap hari dia pulang ke rumah selepas magrib dan kadang-kala membawa ke isyak.. kesiannya.

Itulah tugas seorang suami, keluar rumah untuk mencari rezeki. Ita sentiasa doa kan yang terbaik buatnya. 

Sebagai isteri sebolehnya Ita tak mahu membebani nya dengan pelbagai masalah di rumah. Ita mahukan bila suami pulang ke rumah, dia merasakan segar dan tenang supaya segala kepenatannya di pejabat terubat. In Sha Allah..

Panjang lebar pulak rasanya celoteh Ita pagi ini. Okey..Ita undur diri dulu ya...

Assalamualaikum...

Hargailah jodoh anda..





Comments

Popular Posts