BREAKFAST DI PASAR SITI KHADIJAH

SESEKALI DIBERI CUTI...

 


 Assalamualaikum.. selamat pagi.. 


Alhamdulillah.. diberi kesempatan Allah snt untuk menikmati anugerah Nya yang tak terhitung nikmat nya ini. Selalu bila bangun jer setiap pagi, Ita akan gembira sangat kerana masih lagi diberi kesempatan untuk melihat suami di sebelah, melihat anak-anak dan alam sekitar yang sangat-sangat Ita cintai..

Jujurnya, lately.. Ita selalu memikir kan akan nikmat Allah ini. Kenapa lah dulu Ita tak terfikir pun.. kalau dari dulu.. Ita dah rasa perasaan ini, alangkah bagusnya. Tentu nya 10 @20 tahun dulu Ita dah kerap mengucap syukur kepada Nya. Terlambat kah Ita dalam bersyukur kepada Nya..

Mungkin sebab dulu, kita hanya nampak yang besar-besar akan nikmat Allah kepada kita. Bila kita dapat something yang bernilai yang jarang sekali kita dapat seperti hadiah dari seseorang, dapat mengelak musibah besar, mendapat bonus hujung tahun (hehehe...) baru Ita nak bersyukur. Padahal.., Ita tak sedar pun nikmat Allah bagi setiap hari. Yang tu.. langsung tak perasan.. Ya Allah.. ampunkan lah aku..

Setiap hari Allah dah bagi macam-macam.. anak-anak yang sihat dan baik. Suami yang penyayang serta pengasih.. Rezeki yang cukup dan kadang kala lebih.., Ita mempunyai kehidupan dan pekerjaan yang baik.. Ita tak nampak.. sedih sangat rasanya. dan Ita selalu suarakan pada suami setiap hari semenjak akhir-akhir ini. namun suami tak pulak memarahi Ita.. sebaliknya dia masih tetap mengeluarkan kata-kata yang menyejukkan rasa risau Ita ini. Suami menyatakan Ita patut bersyukur lagi sebab Ita telah sedar akan pemberian Allah yang kita tidak sedari ini. Masih belum terlambat katanya.

Alangkah gembiranya jika rasa ini telah tertanam semenjak puluhan tahun dahulu. Menyedari akan hakikat yang dunia ini harus dinikmati dan dipergunakan dengan sebaik mungkin. Dapat merancang kehidupan kita menjadi sebaik mungkin dengan melakukan amalan-amalan yang sewajarnya. Sedih jugak, kadangkala bila memikirkannya. Setelah umur Ita telah mencecah lebih 40 tahun.., Ita baru tersedar apa yang sepatutnya Ita lakukan. Astagfirullahhalazim..

Namun.. dalam memikirkan perjalanan hidup yang telah dilalui, terselit juga rasa syukur kerana masih sempat sedar walaupun  dihujung perjalanan (dah tua ni..hehehe..). Sedar akan kealpaan diri, masih sempat mengumpul kembali apa yang tertinggal, namun mungkin tidak banyak yang dapat dikumpul setelah kesedaran diri yang agak lewat ini. Tak mengapalah selagi ada nyawa dikandung badan.., usaha ke arah mencari bekalan yang hakiki akan Ita usahakan. Lebih memberi kesyukuran buat Ita adalah Ita mampu menjaga solat dan puasa semenjak kecil, itu alhamdulillah.. 

ooo.. terasa panjang pulak luahan hati. setakat ini sahaja lah dulu semuga berpeluang lagi untuk menyambung nya di episod akan datang..

Kebetulan encik hubby nak ke pejabat hari ini, lantaran kerja yang menimbun, tugas yang tak pernah habis, tanggung harus dilunaskan.. Ita reda melepaskannya pergi walaupun hari ni..hari cuti..huhuhuhu...  so, pagi-pagi lagi dia mengajak Ita keluar untuk breakfast ke tempat pilihan Ita. Nak memujuk lah tu..sebelum ditinggalnya kita.. hehehe...

Dia kata, Ita cuti masak pagi ni... La.. pagi ni sahaja.. Ingatkan hari ni..  hurmmm...

Nak tahu tak Ita nak breakfast kat mana?

Jeng-jeng.....

Dekat jer sebab tak mahu buang masa.. beberapa kilometer jer dari rumah..

Ita memilih untuk makan pulut pagi.. nak tahu pulut pagi tu macam mana? 

Nah ni dia..








Haa.. nilah pulut pagi.. Ita sukakan pulut pagi. Masa kecil-kecil dulu, ma selalu buatkan pulut pagi. Menggunakan pulut dan gula melaka, di cicah kelapa parut yang muda sedang-sedang gitu.. Itu lah makanan breakfast kami.. Ma Ita memang suka masak.. rasanya Ita ni mengikut dia agaknya..

Lepas makan pulut pagi.. Ita terasa nak makan satay perut ayam pulak.. di bawah ni gambar satay perut ayam yang sempat Ita rakam kan. Satay ni, jujur lah Ita nak bagitahu.., memang Ita tak pernah memakannya sebelum ini. Tetapi terasa rugi pulak bila makanan ni ada terdapat di tempat Ita dan Ita tak mengambil kesempatan untuk mencubanya..  Nampaknya lepas ni.. Ita kena cuba buat sendiri jika kepingin lagi untuk merasainya..hehehe..






Manakala hubby di sebelah, masih dengan menu kegemarannya.. nasi kerabu ayam goreng. Sedap sungguh nasi kerabu makcik ni.. katanya.. rasanya cukup..sambal dan kerabu yang sedap serta ayam gorengnya.. memang gandingan mantap.. Tu la.. air tangan orang tua..orang yang dah banyak pengalaman.., memang berbeza sekali. Kita yang muda ni.. kena selalu memasak berkali-kali untuk mencapai selera kita.. olah apa yang kurang, lama kelamaan sedap lah..





Selesai makan, kami turun ke tingkat bawah untuk untuk pulang. Tapi..mata masih tertumpu pada kuih muih yang banyak di situ. Mata terpaku, walaupun dah kenyang tapi selera masih ada..hehehe..tergoda dengan kecantikan paras rupa kuih muih dan dah terbayang-bayang keenakkannya. Lemak manis kuih boko ubi kayu yang sedap.. aduyai...









Melintas pulak ke hujung kedai, terpandang pulat tapai pulut dan tapai pulut hitam.. mak aai.. sedapnya. Beli lagi.. Hubby dah suka mengekek-ngekek.. Makin besar nafsu Ita katanya..tak padan dengan kecil molek.. nafsu makan ganas..hehehe...

Akhirnya Ita pulang dengan senyuman yang teramat memanjang..dengan kuih muih berbungkus-bungkus...

Ni lah yang seronoknya bila dapat pulang bertugas di tempat sendiri. Apa yang terasa nak makan, senang jer dapat. Syurga kuih muih rasanya. Alhamdulillah.. Berkat tinggal di Kelantan, negeri serambi Mekah. 






Semuga Kelantan kekal aman dan damai. In Sha Allah. Kepada yang belum pernah bertandang ke Kelantan.. jemput  lah datang ke Kelantan, In Sha Allah ..  anda gembira..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts