JUS CALAMANSI

SEJUKKAN TEKAK DI MUSIM PANAS..



Assalamualaikum.. apa khabar, selamat tengahari. Macam mana cuaca..? panas? Sejuk? Musim ni cuaca tak menentu ya.. Adakalanya panas hingga pedih kulit kita, namun adakalanya hujan tiba-tiba walaupun matahari bersinar cantik..

Namun Ita seperti biasa meneruskan tugas-tugas seharian tak kira apa jua cuaca yang tiba. Namun hari ini, Ita sedikit kehausan dan tekak pulak nak menikmati yang masam masam aje..

Lalu Ita terlintas untuk membuat Jus Calamansi. Lantas, Ita buka peti ais, melihat apa bahan yang ada. Alhamdulillah.., limau kasturi ada, asam masin pun ada. Teringat pulak encik hubby, lapar kah dia ketika ini. Terasa mahu saja menghantar segelas jus calamansi buat penyejuk tekak nya dikala dia sibuk dengan tugasnya. namun khayalan itu terhenti bila Ita memikirkan, aahh.. anganan aku sahaja.. hehehe.. 

Nak tahu cara Ita buat jus calamansi? Jom Ita kongsikannya..

JUS CALAMANSI

A
6 biji limau kasturi
10 biji asam masin merah
3 biji asam masin putih
2 gelas air

B
1 cawan gula

cara-caranya:

  1. Kisar bahan A hingga hancur.
  2. Masukkan ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih.
  3. Masukkan bahan B dan kacau hingga gula larut.
  4. Sejukkan.
  5. Hidangkan bersama ais secukupnya.
Okey.. dah siap jus Ita, jom kongsikan ya..

Assalamualaikum...


Comments

Popular Posts