KARI KAMBING

GULAI KAMBING YANG DI SUKAI SUAMI..




Assalamualaikum dan selamat pagi ya.. 

Pagi ni Ita just nak sharekan resepi kari kambing. Cerita pasal hidangan, mesti ada nostalgia kan.. 

Di Kelantan gulai kambing atau kari kambing biasanya ada di tempat-tempat kenduri, kalau dekat restoran selalu nya tak banyak.


Dulu-dulu hubby kalau makan kambing mesti sakit kepala, tetapi sekarang tidak lagi. Ita perasan masa tu.. dia ada migran yang teruk. Setiap hari asyik telan ubat penahan sakit saja.. Sebagai isteri, tentu lah Ita risau. ya lah kan.. kita nak hidup lama dengan dia.. kalau kesihatan tak berapa nak elok, tentu nya hidup pun tak tenangkan..

Bermula semenjak itu, Ita selalu memikirkan cara untuk menghilangkan rasa sakit kepala nya yang melampau-lampau itu.  Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Ita mulai mencari altenatif lain selain dari ubat hospital.. Ita ni tak ada penyakit selain penyakit hakiki yang sudah lama Ita alami ini. Selain tu.. Ita okey jer.. cuma Ita tak boleh bergerak cergas seperti orang lain. Kalau darah tinggi atau migran tu, alhamdulillah Ita tak ada.. harap-harap jangan lah ada..

Ita suka mengamalkan pengambilan supplement semenjak berusia 21 tahun lagi. Vitamin C memang rutin, tetapi bila umur menginjak 35 tahun.. Ita mula menambah pelbagai supplement yang sesuai seiring dengan usia.. Ita akui.. Ita memang  berbelanja lebih untuk itu kerana Ita mahukan kesihatan yang baik.

Bila dah berumur ni, kalsium dan EPO memang wajib lah.. yang lain-lain tu sebagai sampingan jer seperti bilberry untuk mata dan lain-lain seperti Royal Jelly dan pomegranate.

Ita cuba sediakan untuk suami setiap pagi. Selama ini dia hanya melihat sahaja Ita makan selepas breakfast setiap hari. Dan Ita kata padanya, biar kita sama-sama sihat.

Setelah beberapa ketika, ia nampak berkesan.. suami Ita tidak lagi sakit kepala yang kerap seperti dahulu..alhamdulillah. Ita memang gembira sangat bila dia kembali sihat dan tidak lagi mendengar keluhannya..

Dan.. sekarang dia kembali boleh menikmati gulai kambing kegemarannya. Kalau tak.. makan jer daging kambing.. lepas tu mesti dia akan sakit kepala.. alhamdulillah.

Jom lah Ita sharekan resepinya..

GULAI KAMBING (KARI KAMBING)

Bahan-bahannya:

500 gm daging kambing-potong kecil (ikut suka hati)
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
4 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris
1 biji buah keras-ketuk manja gitu
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji kentang- belah 4
1 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil halba
1/2 kiub pati ayam (pati daging pun boleh)
1 cawan santan pekat
700 liter air (kalau nak cair tambah air ya..)
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

cara-caranya:


  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, halba, bunga lawang dan buah keras.
  2. Masukkan daun kari.
  3. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
  4. Masukkan daging kambing dan kentang, kacau. Perlahankan api dan tutup periuk. Biar hingga daging kambing dan kentang empuk.
  5. Masukkan air, cili kisar, asam gelugor, garam, gula dan kiub pati ayam. Kacau.
  6. bila mendidih, masukkan santan dan kacau tanpa henti hingga mendidih.
  7. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
Okey hingga jumpa lagi.

ASSALAMUALAIKUM..

Comments

Popular Posts