KENTANG BERCILI

KENTANG YANG SEDAP DIMASAK APA SAJA...



Assalamualaikum... suka kentang tak?

Setahu Ita, semua golongan (dari yang muda hingga yang tua..) suka kan kentang. Dengan kentang kita boleh masak apa cara sekali pun, goreng, bakar, rebus, malah kukus pun boleh.. semua sedap   dinikmati..

Terpulang dengan bahan apa gandingan yang kita inginkan.. pastinya tak menghampakan citarasa dan selera kita kan..?

Banyak cara Ita olahkan dengan ubi kentang ini. Setakat ini tak pernah menghampakan. Puas goreng kita rebus atau digandingkan dengan kari ayam.. ummph! memang berbaloi jika Ita membeli nya satu guni (guni kecil lah..) bila ke pasaraya. Dah tak pandai nak beli sikit-sikit. Sebabnya? Banyak sangat kegunaannya. Dari membuat kari hinggalah membuat funfries kegemaran anak-anak, juga membuat inti chicken puff atau inti karipap untuk minum petang.. memang banyak Ita gunakan dikebanyakan hidangan-hidangan Ita.

Jadi hari ini Ita tak jemu mencuba lagi dengan ubi kentang yang ternyata di sukai ramai ini. Hari ini Ita olahkan ia menjadi kentang bercili yang boleh dimakan dengan nasi atau di ratah begitu saja.. sedap beb..

Meh! Ita tunjukkan kentang bercili cara Ita ya..

KENTANG BERCILI

Bahan-bahannya:

13 biji cili padi
5 biji kentang
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
6 biji tomato ceri-belah dua
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar minyak masak

cara-caranya:

  1. Kentang di rebus hingga empuk dan dipotong besar sedikit daripada dadu.
  2. Ketepikan.
  3. Cili padi dicuci bersih dan ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
  5. Masukkan garam dan gula, kacau rata.
  6. Masukkan kentang dan kacau rata.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato ceri.
  8. Sedia dihidangkan.
Okey dah siap kentang bercili yang sedap ini. Kalau terasa pedas, cili boleh dikurangkan jumlahnya. Atau dilebihkan gula supaya kurang sikit pedasnya. Boleh dihidang bersama lauk pauk lain.

Ita suka makan begitu sahaja kentang ni. Letak dalam mangkuk dan duduk depan TV, pilih chanel kegemaran... memang sedap tau..

Assalamualaikum..



Comments