Sunday, 15 November 2015

KETUPAT SOTONG

SEDAP TAK TERKATA...




Assalamualaikum.. selamat pagi semua sahabat-sahabat maya dan adik-adik juga ya..


Agak lama meninggalkan dapur maya, tapi..dapur realiti tetap berasap.. cuma terasa sedikit kemalasan untuk bergambar dengan masakan.. maklumlah perasaaan kita pu ikut cuaca jugak. Kalau cuaca mendung, emosi pun turut mendung semacam jer..nak-nak kalau duk sorang-sorang.. lara betul..


Nak tahu Ita nak kongsikan resepi apa pagi ni.. Ketupat sotong. Dah beberapa kali bulan ni.. asyik buat ketupat sotong ajer.. tak jemu-jemu lagi makan ketupat sotong ni.  dan.., ni last dua hari lepas Ita buat. Gambar nya tak berapa nak cantik sebab Ita dah ambik waktu senja dan cuaca pulak tak berapa nak mesra alam.. Maka, hasilnya gambar yang agak teruk.. tapi tak kisahlah kan.. janji makan sedap.

Jom Ita kongsikan resepinya:

1 kilo sotong -cuci bersih dan toskan
1 1/2 cawan pulut -direndam 1 jam
10 helai daun pandan
1/2 kilo santan
2 keping gula melaka
secubit garam
lidi secukupnya

cara-caranya:


  1. pulut yang telah direndam ditoskan.
  2. campurkan dengan 1/4 cawan santan dan garam. kacau rata.

  1. Masukkan pulut ke dalam sotong lebih kurang 2/3 penuh.
  2. Masukkan sedikit santan.
  3. Tutup sotong dengan bahagian kepalanya dan sematkan dengan lidi.

  1. Susun didalam periuk dengan di alaskan dengan daun pandan.
  2. Masukkan santan.


  1. Masukkan gula melaka.
  1. Masak selama 30 minit atau hingga masak. Jangan  lupa tutup periuk dan guna api perlahan ya.



Selamat mencuba kepada yang baru nak mencuba tu ya.. Ita suka sangat plan nak masak di awal pagi, senang nak sediakan barang keperluan. Bila suami balik dari kerja Ita akan pastikan ada desert atau hidangan ringan untuk dihidangkan buat suami. Semuanya tak pernah menjadi masalah kepada Ita memandangkan, Ita gemar berada didapur dan tugas memasak tidak membebankan Ita sama sekali. Tambah lagi, kalau suami suka, lagi lah laju Ita membuatnya. Melihat suami dan anak-anak gembira.., itu lah kegembiraan buat Ita.

Semuga perkongsian ini akan member manafaat buat kita semua. Percayalah setiap niat dan perbuatan yang baik, insyallah.. pahala lah ganjarannya.

Okey..bye..

ASSALAMUALAIKUM..