KUIH AYU

KUIH AYU.. 



Assalamualaikum... selamat pagi. Alhamdulillah syukur masih boleh menikmati pemberian Allah snt ini. Pemberian yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kuasa manusia. Pemberian yang tidak di minta dibalas balik melainkan ketakwaan dan patuh pada perintah Nya. Pemberian yang besar dan kita harus membalas balik dengan hanya taat kepada Nya sahaja. 

Tak kira siapa kita, kita tetap kena makan juga untuk hidup kan.. Jadi nak makan apa pagi. Nak ikut selera atau memang tak de pilihan rezeki yang ada depan mata? Hurmm.. jangan sedih-sedih jika rezeki pagi ini bukan pilihan kita. Bersyukur lah ya.. sekurang-kurangnya kita masih ada rezeki untuk dinikmati. Sentiasa bersyukur adalah sebaik baiknya. 

Okey.., nak tahu apa menu Ita kali ini. KUIH AYU.. ya kuih ayu yang dulu-dulunya selalu ajer tak menjadi kalau nak buat. Nak tahu mistake kat mana? Rupanya Ita kukus lama, dalam 10-15 gitu. Sepatutnya kita hanya kukus sekejap sahaja.  Lebih kurang 2 minit gitu jer. Tapi kukusan hendaklah betul-betul panas ya.

KUIH AYU
 
Bahan-bahannya:                              Bahan Inti   :
 
½ cawan gula halus
1 cawan  tepung gandum                            ½ cawan kelapa parut
½ cawan santan kotak                      1 sudu makan tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi                    secubit garam      
1 biji telur
1 sudu teh ovalette
1 sudu besar pes pandan
Pewarna hijau
Sedikit minyak masak
 
Cara-caranya:
 
1.     Bahan inti di gaul rata. Kukus sekejap, anggaran 2 minit.

2.      Acuan di sapu minyak dan masukkan bahan inti, tekan padat.

3.     Pukul gula dan telur. Masukkan ovellete dan dipukul hingga kembang.

4.     Masukkan pes pandan dan pewarna hijau.

5.     Gandum di gaul rata bersama tepung ubi.

6.     Masukkan campuran gandum ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil      diselang selikan dengan santan. Gaul rata.

7.     Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit.

8.     Acuan disapu dengan minyak dan masukkan inti. Tekan hingga padat.

9.     Masukkan adunan tadi ke dalam acuan dan kukus selama 1 minit.

10.                        Bila masak keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

11.                        Kukusan mestilah betul-betul panas sebelum kuih dikukus.

Okey sehingga jumpa lagi semuga hidup kita sentiasa dalam rahmat Nya.

Assalamualaikum..

Comments