Wednesday, 18 November 2015

KUIH BAKAR

KUIH BAKAR LAGI...




Assalamualaikum... selamat malam.


Sedang rehat-rehat ke.. malam ini , Ita nak kongsikan satu resepi kegemaran keluarga terutama suami. Suami Ita memang sukakan kuih ni nak2 kalau di letakkan esen pisang kegemarannya.

Sebab tu, kalau Ita tak punya waktu yang banyak dan takde kuih nak dihidangkan untuk suami pulang dari kerja, Ita akan buat kuih ni. Campak-campak, kacau-kacau.. masuk dalam oven.. tunggu masak jer. senang sangat.

Jom Ita kongsikannya ya..



KUIH BAKAR PANDAN PISANG

Bahan-bahannya

2 cawan gula
6 biji telur
2 gandum
1 kotak santan (200 ml)
3 cawan air
secubit garam
2 sudu besar esen pisang
pewarna hijau
1/2 sudu besar esen pandan
bijan secukupnya

cara-caranya:

  1. Kacau telur, gula dan gandum hingga sebati.
  2. Masukkan santan, garam, esen pisang, esen pandan dan kacau rata.
  3. Masukkan air, kacau hingga sebati. Tapiskan.
  4. Sapu minyak pada acuan dan tuangkan adunan.
  5. Taburkan bijan diatasnya.
  6. Bakar selama 30 minit dengan suhu 150C dan kemudian tambahkan suhu ke 180C dan bakar lagi selama 30 minit atau hingga masak.
Okey.. mudahkan. Boleh lah mencuba jika ada kesempatan.

Bye.. assalamualaikum..