NASI GORENG

NASI GORENG, KUIH BAKAR DAN NESCAFE PANAS...





Assalamualaikum.. selamat  pagi.

Alhamdulillah.. ketemu lagi kita dengan keadaan yang sihat walafiat. Semuga perjalanan hidup kita hari ini dilimpahi keberkatan dan rahmat Tuhan yang tidak ternilai ini. Bagaimana pun keadaan kita di saat ini, haruslah kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai hamba Nya yang taat.

Menu apa breakfast anda hari ini.? Ita masak ringkas-ringkas ajer. Kalau pagi memang Ita tak masak yang rumit-rumit sebab mengejar masa. Tambahan lagi keterbatasan Ita untuk bergerak cergas di dapur adalah amat terhad. Ita bukan Ita yang dulu lagi. Setelah penyakit saraf yang Ita alami semakin teruk, menjadikan Ita tidak mampu untuk bergerak cergas seperti dahulu. Namun tugas dan minat mendorong Ita untuk gigih menyiapkan dan menyediakan selera anak-anak dan suami. Alhamdulillah.

Masa banyak dihabiskan dirumah, di depan komputer, menyiapkan beberapa tugasan sebagai memenuhi masa lapang Ita. Ita akui, pernah bekerjaya dengan  tugas yang sibuk setiap hari menjadikan Ita tidak boleh nak duduk diam di rumah . Tambahan lagi dengan minat yang mendalam dalan bidang masakan mendorong Ita untuk menghasilkan buku buku masakan. Dorongan suami yang amat memahami menjadikan suatu inspirasi yang mencetuskan kreativiti untuk memasak dan menghasilkan food photography yang boleh menyenangkan Ita. 

Belajar dan terus belajar untuk meningkatkan mutu photography Ita adalah terokaan baru buat Ita. Ita tak mahu memikirkan, kenapa Ita ditimpa sakit yang boleh melemahkan semangat Ita. Ita mahu fikirkan, ini adalah takdir Allah. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang diberikan ini. Tuhan tak akan sesekali menganiaya kita. Itu yang Ita sematkan didalam hati Ita. Mempunyai suami dan anak-anak yang sentiasa memberi semangat dan membantu dalam setiap minat Ita sudah memadai untuk membuat Ita gembira dan bersyukur. Nikmat apa lagi yang mahu Ita sangkalkan.. 

Okey..panjang pulak cerita Ita pagi ini ya. Bagi adik-adik yang belum tahu memasak nasi goreng, boleh rujuk resepi kak Ita ya.. yang sangat simple dimple ni ya. Kak Ita gandingkan dengan nescafe panas dan kuih bakar yang dibuat malam tadi. Kuih bakar yang sangat digemari hubby Ita. Dia paling suka kalau Ita letak esen pisang banyak-banyak. Dan Ita lunaskan impiannya untuk menikmati kuih bakar yang dilimpahi perisa pisang..hehehe..

Jom Ita kongsikan resepinya:

NASI GORENG

Bahan-bahannya:

1 mangkuk nasi
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam
1 ikat kangkung-bersih dan potong
sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumbuk lumat:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
  2. Masukkan garam, kiub pati ayam dan kacau rata.
  3. Masukkan kangkung dan kacau rata.
  4. Masukkan nasi dan kacau rata.
  5. Sesuaikan rasa dan hidang bersama lauk lain seperti ayam masak merah.
Nasi goreng yang ringkas ini Ita hidangkan bersama ayam masak merah. Gandingannya, kuih bakar dan nescafe panas. Walla.. memang serasi.. hubby tersenyum..Ita gembira. Bila seleranya menepati...hehehe.. In Sha Allah, Ita akan kongsikan resepi kuih bakar nanti..

Okey selamat mencuba..





Comments