Thursday, 19 November 2015

OLIO ANGEL HAIR

OLIO YANG RINGKAS TAPI SEDAP..


Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Jumaat buat semuanya semuga hari ini kita dilimpahi rahmat Allah snt.  Ita doakan semuanya ceria-ceria dan hidup diberkati Allah senangtiasa hendaknya. Jauhkan dari sifat negatif, berbaik sangka, jauh dari umpat keji, perbuatan dan akhlak yang buruk. Buat sesuatu, berfikir dahulu dan jangan menyakiti hati orang. Jaga aib orang, insyaallah.., Allah jaga aib kita.

Ita masak ringkas-ringkas aje pagi ni. Atas permintaan anak-anak, Ita buat Angel Hair Olio. Anak-anak Ita memang sukakan Olio.. sebarang pasta mereka suka. Samada spageti, spiral, futtucini, angel hair atau apa saja pasta. Janji pasta. Alhamdulillah memasak pasta ni taklah sesusah mana. Cepat ringkas dan tak banyak bahan pun. Senang kerja kita ni yang sentiasa sibuk. Aaah.. jadi suri rumah pun sibuk jugak tau. Kerja tak bergaji! macam buat kerja amal.. hehehe..

Ita suka masak awal pagi, selepas masak Ita akan mengajak suami ke pasar siti khadijah. Ita suka ke pasar tu, sebab kebanyakan barang yang Ita mahukan, senang dapat di sana. Nak-nak kalau nak makan beriani kambing. Mudah nak dapatkan daging kambing tempatan di sana. Lagi satu, Ita sangat suka dengan suasana pagi di pasar besar tu. Suka melihat gelagat manusia yang sibuk dengan tujuan masing-masing. Ada yang ke pasar untuk berniaga, ada yang ke pasar untuk membeli keperluan dan tak kurang juga peminta sedekah. Ita suka ke situ sebab senang kalau nak bersedekah. Rasa nak berkongsi rezeki dengan mereka walaupun sedikit. Walaupun Ita tak kaya, tapi bersedekah juga akan membuat hati kita lebih lapang dan tenang. Ita ingat pesanan seseorang, sekurang-kurangnya seminggu sekali mesti kita besedekah waaupun sedikit..

Okey..jom Ita kongsikan resepi angel hair olio.


ANGEL HAIR OLIO

Bahan-bahannya:

1 peket angel hair
1 sudu besar mentega
air secukupnya (1.5 liter gitu-untuk merebus)
1 biji bawang besar-cincang halus
3 ulas bawang putih-cincang halus
1/2 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil oregano
1 batang sederi -potong kecil
1/2 sudu kecil pasley
1/2 sudu kecil basil
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 kiub pati ayam

cara-caranya:

  1. Rebus angel hair bersama mentega dan air hingga lembut.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  4. Masukkan garam, kiub pati ayam, serbuk lada hitam, pasley, basil dan oregano. Kacau rata.
  5. masukkan batang saderi, kacau hingga lembut.
  6. Akhir sekali masukkan angel hair dan gaul rata.
  7. Sesuaikan rata.
  8. Hidangkan bersama coffee late panas atau hot coklat.. aduhs! best giler..
Okey, boleh cuba resepi yang sangat mudah ini. Semudah 123..hehehe..

selamat mencuba..

Assalamualaikum..