SAMBAL HATI LEMBU

REZEKI KAMI HARI INI..


Assalamualaikum.. selamat malam.. dah dinner ke belum?

Hurmm tentu sudah kan.. kami memang dinner awal sebab encik hubby dah biasa dinner awal.. Jadi satu rumah kena ikut tabiatnya ini..hehehe.. bukan apa.. kalau dinner asing-asingkan tak best.. makan beramai-ramai lagi berselera tak?

So.., sekarang ni masa.. yang masing-masing punya hal. Masing-masing dengan aktiviti sendiri.. Ita dan dua anak perempuan lah. Hubby dan Adam ke masjid. Sunyi pulak bila tak ada mereka berdua tu.. walaupun aman, tetap terasa kesunyiannya.

Alahai.. syadulah pulak..

Ita nak kongsikan sambal hati yang Ita buat semalam. Semalam tak sempat nak update. Dah tua-tua macam ni.. badan selalu jer cepat letih.. jam 8.45 malam dah mengantuk.. hihihi.. nampak sangat ketuaanku..

Entah lah.. 2-3 hari ni asyik mengantuk awal jer.. pelik jugak sebenarnya. Tapi kadang-kala memang macam tu kan. Tak selalunya kita asyik segar memanjangkan..

Semalam Ita masak sambal hati lembu.. lama jugak tak beli hati lembu ni. Ya lah, asyik Ita dengan hubby jer yang makan.. anak-anak tak berapa nak suka. Jadi Ita pun tak semangat sangat nak membelinya. Tapi oleh kerana lama sangat tak beli, terasa nak makan lah pulak...

Jom semak resepinya:

SAMBAL HATI LEMBU

Bahan-bahannya:

400 gm hati lembu
2 sudu besar cili kisar
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:

  1. Hati lembu dihiris kasar dan dicuci bersih.
  2. Gaulkan dengan garam dan dimasukkan ke dalam kuali.
  3. Gunakan api yang paling perlahan dan tutup kuali. Masak hingga hati empuk.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  5. Masukkan cili kisar, garam, gula dan kiub pati ayam. Kacau rata.
  6. Biar hingga terbit minyak.
  7. Masukkan hati lembu dan gaul rata.
  8. Sesuaikan rasa.
Okey .. dah siap.

Selamat malam..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts