Thursday, 12 November 2015

TART BUAH

LAMA TAK MAKAN TAT BUAH.. DAH RINDU NAK MAKAN...



Assalamualaikum... selamat malam..

Apa khabar.. sedang buat apa ya..

Dah lewat malam pulak Ita nak update dan sharekan masakan Ita hari ini. memang agak sibuk sikit sekarang. Buat kerja pun semakin slow di rasakan. faktor usia kah? hehehe..
tst ya..


Okey nak tahu apa yang Ita masak hari ni..? Kat Kelantan cuti 5 hari..tau.. jadi masa banyak bersama suami dan anak-anak. Nak masak pun tak berapa nak rajin bila suami kat sebelah.. Asyik ronda-ronda jer dengan encik hubby..

Dah berapa hari kami breakfast kat Pasar Besar Siti Khadijah. Kalau hari biasa hubby awal pagi dah ke pejabat, jadi Ita memang masak awal-awal pagi sebelum dia ke pejabat. sebab tak mahu dia kelaparan semasa memulakan tugas. yang seronoknya, kalau pergi breakfast kat pasar besar ni.. bukan setakat makan jer, shopping lagi.. ya lah.. barang pasar segar-segar, daging kambing, udang dan ikan yang segar.., yang tu sangat menggoda Ita untuk membeli dan memasak untuk makan tengahari atau malam.. Tu yang tak tolak tu .., bila hubby ajak ke situ..hehehe...

Tapi.. bila dah cuti panjang macam ni.. asyik mengajak kita makan-makan kat luar jer.. konon nak bagi cuti rehat kat kita.. Bila dia dah bagi cuti macam ni.. kita follow jer lah instruction dia kan.. Kita lagi lah seronok.. Dah lama sangat berkurung kat rumah..

Bila petang.. anak-anak asyik kelaparan jer.. nak makan-makan bila menonton TV. Si ibu ni.. hampir putus idea nak masak apa ya.. Tut-tut terfikir nak masak fruits tart kegemaran kami. Dah lama tak buat  fruit tart.. Jom Ita kongsikan resepinya.



TAT BUAH
Bahan-bahannya:                               

250 gm mentega
400 gm tepung gandum
100 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla
Secubit garam


Bahan inti:                                           Buah:
400 gm susu segar                               4 biji strawberry-potong baji
100 gm air                                           2 biji buah kiwi-potong kecil
130 gm gula                                        20 biji buah blueberry
45 gm mentega
50 gm tepung jagung
Secubit garam

Cara-caranya:

1.      Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.      Masukkan telur, esen vanilla dan garam, putar lagi.
3.      Masukkan gandum dan uli hingga menjadi doh.
4.      Ambil sedikit doh dan bentukkan ke dalam acuan tat.
5.      Bakar selama 15-20 minit.
6.      Angkat dan sejukkan.
7.      Membuat Inti: campurkan semua bahan inti dan kacau di atas api perlahan hingga pekat.
8.      Tuangkan ke dalam mangkuk tat dan hias dengan buah-buahan.


 Okey selamat mencuba ya...

ASSALAMUALAIKUM..