Saturday, 16 January 2016

AYAM MASAK LABU MANIS

Si Labu yang enak..




Assalamualaikum.. selamat petang..

Semuga kawan-kawan semua sentiasa dalam rahmat Nya..


Petang ini Ita nak share kan satu resepi pebret keluarga Ita. Si ayah hingga ke si anak bongsu sangat suka kan ayam masak lemak bersama labu ni.. Ita apalagi, kalau suami suka, anak suka..memang rajin lah nak membuatnya. Kawan-kawan boleh lah mencuba untuk hidangan malam nanti.

Jom Ita kongsikan resepi nya.

AYAM LABU MANIS

Bahan-bahannya:

500 gm ayam-potong kasar
1 biji bawang besar-cincang halus
1 helai daun kunyit - simpulkan
1 batang serai-ketuk
1 keping asam gelugor
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
800 ml santan
1 senduk minyak masak
1/2 biji labu sederhana besar - potong kasar

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 cawan air
2 inci kunyit


Cara-caranya:

  1. Ayam direbus bersama sedikit garam hingga empuk.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan labu.
  4. Masukkan santan, garam, gula, asam gelugor, serai dan daun kunyit.
  5. Kacau hingga mendidih dan labu empuk.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Hidang bersama nasi putih.
Okey.. selamat mencuba.

Assalamualaikum..