BUTTER PRAWN

LAMA TAK NIKMATI UDANG MENTEGA..



Assalamualaikum... selamat malam semua. Semakin hari, rasa tak menyempat jer nak updatekan status. Kalau dulu, Ita akui sebab kenkangan masa kerana kerjaya Ita sebagai pegawai bank sangat membataskan untuk Ita berlama-lama depan komputer peribadi atau menghadap tab. Tapi..kini bila dah setahun lebih Ita berada di rumah Ita rasakan Ita semakin sibuk pulak. Sibuk dari dulu pulak rasanya.. Hurmm.. pernah jugak terfikir, agaknya Ita tak pandai menyusun tugas harian kot.. main rasa nak buat, Ita buat jer..tanpa perancangan. Pergerakan yang terbatas , melambatkan lagi proses menyiapkan tugas harian. 


Macam-macam perkara tak settle. Baru Ita faham, menjadi suri rumah lebih sibuk rupanya. Setiap inci rumah harus di teliti dan setiap pergerakan anak mesti diawasi. Namun Ita semakin dapat menerima tugas baru Ita ini dan alhamdulillah Ita dapat menerimanya dengan tenang dan bersemangat dalam melakukan sesuatu yang Ita sukai. Itu yang penting Ita rasa, buat lah sesuatu yang kita sukai dan hati akan menjadi tenang. Jangan fikir dan kisahkan apa pendapat orang. Antara kelebihan yang Ita rasakan sekarang, Ita mempunyai masa untuk membaca al quran setiap hari berbanding dengan dahulu. Bukan takde masa dulu, tapi bila pulang dari pejabat tubuh badan dah letih dan rasa terus nak rehat. Keadaan itu menjadikan Ita tak menpunyai masa lagi untuk melihat al quran yang sepatutnya di baca setiap hari.

Harapan Ita semuga tahun baru ini Ita akan memberikan lebih sinaran buat Ita. Ita mahu menghasilkan resepi-resepi baru dan lebih kreatif dari sebelum ini. Mahu menghasilkan buku-buku yang bermutu. Jadi, buat kawan-kawan Ita.., doakan Ita ya. Yang,..paling penting apa yang kita lakukan mendapat izin suami dan restunya. Alhamdulillah. 

la.. dah panjang pulak suara hati Ita ni ya. Malam ni Ita nak kongsikan menu kegemaran keluarga Ita. Udang goreng mentega a.k.a Butter Prawn. Kempunan bila hubby belanja beberapa minggu lepas di Restoran Horizon di Kota Bharu, Ita teringat-ingat pulak kesedapan butter prawn restoran tu. Jadi hari ni, untuk melempiaskan keinginan itu, Ita pun mula berkira-kira untuk buat sendiri.

Siang tadi, dengan ditemani anak kesayangan Ita, Ita ke TESCO  untuk mendapatkan udang. Dan..apalagi.. terjadilah butter prawn..
Jom..Ita kongsikan resepinya.



UDANG MASAK MENTEGA

Bahan-bahannya:

500 gm udang
3 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
5 sudu besar mentega
2 biji telur
minyak secukupnya untuk menggoreng telur

Cara-caranya:
  1. Cuci udang dan toskan. Gaulkan bersama garam.
  2. Panaskan mentega dan goreng udang hingga garing.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Panaskan minyak masak.
  5. Pukul telur dengan sedikit garam hingga rata.
  6. Bila minyak betul-betul panas tapiskan telur ke dalam kuali dan kacau dengan lidi laju-laju.
  7. Masukkan daun kari dan goring hingga garing.
  8. Angkat dan toskan. 
  9. Gaulkan bersama udang goreng tadi.
Okey dah siap butter prawn simple kita. Keranggupan telur goreng dan gandingan udang rasa mentega memang sedap. Silap-silap nasi tak habis, udang yang habis dulu.

Selamat mencuba.

Assalamualaikum.



Comments

Popular Posts